Dec 13, 2011

teruskan

dalam gelandangan hidup aku menjadi blogger(aduh tak sedap rasa nak sebut blogger, itu term yang aku tak rasa aku betul boleh gelar) secara lebih dalam sekitar 1-2 tahun lepas, evolusi orang(blogger lain) disekeliling aku bercambah dengan sangat baik.

dari membuat blog secara suka-suka kepada blog yang lebih berkualiti dan bermakna, ada yang berkecimpung masuk ke dunia SEO secara serius, dan ada yang menerbitkan karya sendiri secara kecil-kecilan hinggalah ke besar-besaran. himpunan koleksi kispen, zine, book, blook dan ada juga yang sudah mencecah mainstream writings.

aku kacamatakan evolusi itu sebagai suatu yang sangat indah. bayangkan daripada suka-suka kini terhasilnya sesuatu yang memberi makna dan manfaat buat masyarakat. terutamanya remaja yang otaknya tak berapa betul pun kedudukan wayar. biasalah remaja, siapa wayar semua betul dia bukan geng kita lagi lah.

aku sentiasa merasa bangga kerana sesuatu yang positif itu wajar kita bangga-banggakan.

dan aku nampak kawan-kawan aku yang dalam golongan ini.... ada yang sudah merasa evolusi, ada yang masih baru nak memulai, ada yang masih baru nak memahami, dan ada pula yang seakan-akan masih malu untuk menjejak kaki dalam evolusi. hihi, semua karakter tu ada dalam kawan-kawan alam maya aku. dan aku juga mungkin ditafsirkan orang ada karakter aku sendiri.

satu saja kata aku buat manusia yang berniat hendak melangkau lebih jauh dalam hal menulis dan berkarya, teruskan!

toksah risau isu nukilan sampah dan sebagainya. siapa yang tak menghargai tulisan hasil dari sesiapa saja atas dunia ni, dialah sampah sejati. malah sampah paling low class sekali. kalau orang lain sampah dalam tong sampah, dia sampah yang orang buang kat tepi tong sampah.

2 comments:

IamJoonet said...

tetap sampah..hahaha...mcm2 gaya ada...

the kaskaw said...

sampah lah bagus. orang sangka tak berguna, tapi sebenaqnya 1001 kegunaannya