Dec 14, 2011

bukan

selalu di bbsb, aku kisahkan sesuatu dengan mengguna pelbagai nama. kadangkala karman, sameah, karim, baman dan macam macam lagi. hinggakan perkataan "nub" aku rasa ialah nama yang paling minima ditulis walaupun ia adalah blog milik aku sendiri.

bukanlah apa, aku ni seorang yang merasa sangat malu untuk sesuatu itu dikisahkan tentang diri aku.

so maknanya karakter-karakter yang menjadi penggerak sesebuah kisah itu adalah reflect daripada diri aku?

jawapan jika aku ditanya soalan diatas ini ialah 90% bukan diri aku. jika watak perempuan muncul, Sameah contohnya..bukanlah mengenai teman wanitaku atau wanita yang ada dalam hidup aku. aku mana miliki teman wanita dan jaranglah aku suka bercerita pasal wanita di sekeliling. kerana aku tahu yang membaca blog aku ni bukan aku sorang dan kawan-kawan blog saja. kawan-kawan di dunia sebenaq pun ada juga.

hampir keseluruhan watak adalah aku kisahkan sendiri. aku cuma imagine dan transformerkan menjadi sebuah entry. membayangkan sesuatu bagi aku jauh lebih seronok dan puas daripada aku ceritakan apa yang jadi dalam diri aku.

benar ada 10% lagi, itu memang ialah kisah tepat mengenai aku, cumanya itulah kataku...aku sangat malu untuk menceritakan hidup aku kepada orang yang aku taktahu siapa yang sedang membaca apa saja yang aku coretkan.

itulah aku sayang sama kaskaw ini, baru saja buat pun sudah berpuluh-puluh post yang boleh aku taip dengan senang hati. tengok sajalah dalam post ni saja sudah berapa banyak ada perkataan "AKU".

aku aku aku aku aku aku. ok aku sendiri mula awkward dengan perkataan aku

2 comments:

IamJoonet said...

dah lama xmasuk bbsb...ako selesa kat sini....huhu..jiwa ako dah melekat dkt sini...

the kaskaw said...

baru syiok boleh mengada ngada dalam ruangan sendiri