perkataan ini ada banyak makna dalam hidup aku. walau kecik bermaksud kecil, maknanya besaq sekali.
bermula dengan asas sekali, aku ini berbadan kecik. tidak setegap,sebesaq,setinggi lelaki lain. tidaklah sangat ketot seperti midget atau hobbit, tapi kecik hinggakan dari kanak-kanak lagi selalu saja aku dipanggil dengan nama Kecik. itu di sekolah rendah. semakin umur aku menaik, Kecik tetap juga jadi pilihan panggilan oleh sesetengah kawan. Kecik, Kucik, Cik, Kid. walau Nub yang selalu digunakan majoriti orang dalam hidup aku ni, tetap ada 3-4 manusia yang akan panggilku Kecik. aku tak pernah marah. ok apa, they call me with a good name. Kecik itu jauh lagi mulia dari Piggy atau Babi(wek, contoh pajadah ni?)
itu secara fizikalnya. dari hal dalamannya, aku ini seorang yang sangat suka menjadikan diri sendiri kecik. tak gemar menjadi "besaq" dalam expectation orang lain. biar orang tak kenal, lagi aku suka. memencilkan diri mungkin istilahnya. aku tidaklah rasa aku jalani hidup sosial aku dengan terlampau teruk. aku punyai kawan kawan, punyai aktiviti yang seronok dibuat, punyai hobi, ok lah tu kan? tapi mungkin orang sekeliling tidak merasakan begitu. macam haritu sewaktu main bola wakil kolej. lepas habis game ada 2-3 orang gadis ini datang dan tanya.."err, ko kolej ni ka? tak pernah nampak pun". dohh, aku lagi la tak pernah nampak hangpa. balik bilik saja adalah sikit friend request dari gadis-gadis. mungkin budak kolej ni lah fikir aku. takpalah hangpa sekalian, fb aku takdak apa-apa. tak guna juga kan.
ah, rupanya aku sangat kecik dalam komuniti universiti yang besaq ni. mungkin penglibatan dalam majlis tertinggi kolej 1 sesi dulu jaa yang buat aku sedikit besaq. itupun bukan aku suka sangat rasa jadi besaq. bukanlah aku ada masalah dengan normaliti dunia atau membenci manusia, cumanya aku rasa menjadi "kecik" itu tiada salahnya.
bercakap pasai kecik lagi, bila dimarah atau kadang-kadang ada konflik dengan orang lain, aku lebih gemar mengecikkan diri aku dan membiarkan orang lain merasakan diri depa besaq. walaupun aku tak salah...i prefer to lose, because i know they did not win. bertekak dan menunujuk besaq bukan kesukaan aku. ergh, rimas kan bertekak dan benci membenci. i'm totally not into that kind of stuff.
lagi mengenai kecik, aku rasa ini ada 1 perkara yang aku taktahu lah buruk atau baik. aku selalu saja mudah setuju dengan pandangan orang. bukan bermakna semua cakap orang aku terima, cuma selalu sangat aku meletakkan diri aku dalam diri depa untuk memahami maksud depa tu. dulu kecik-kecik aku tak pun macam ni, mungkin bila makin meningkat umur, aku rasa aku patut cuba jadi macam tu. faham semua orang, barulah takdak isu salah faham. kiranya, aku menjadi "kecik" dalam menentukan mana yang betul dan mana yang salah. sampaikan satu tahap aku merasa setiap orang betul.
mungkin untuk hal ni, aku kena teguhkan lagi pendirian aku dan kaji betul-betul sebelum terus setuju dengan sekadar memasukkan diri ini dalam kasut depa. barulah nanti boleh jadi "besaq". hehe
amboih, kecik juga isi kandungan post ni naa. macam buat discussion report pulak menaip banyak-banyak untuk blog sendiri. sebenaqnya banyak lagi aku nak terus bebel dan bebel, tapi takpalah nanti terjojol pulak mata sendiri bila membaca balik post ni.
sekurang-kurangnya, rasa seronok gila dapat cerita pasai betapa kecik itu banyak makna dalam hidup sendiri =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
keciknya ang kecik..=)
haha. aku memang kecik oh
Post a Comment