Nov 7, 2011

teringin tapi tak terar

aku rasa aku memang ketinggalan dalam hal blog.

aku khususkan maksud ayat di atas itu kepada isi-isi penulisan, cantiknya bahasa yang digunakan, ranumnya minda bila membuat bacaan, bergerak aktifnya sel neuron bila mata memandang meneruskan bacaan, indahnya susunan kata yang dilirikkan, ternganganya mulut sampai ke habis titik pengakhiran, betapa seninya apa yang dicoretkan dan betapa dalamnya maksud sesuatu yang disampaikan.

yes, aku memang sejujurnya merasa aku tak pernah sesekali mencapai tahap demikian.

bukanlah aku tak pernah mencuba. selalu juga cuba. tapi hodoh isinya. buruk pengolahannya. tak cermat penyampaiannya. aku sendiri baca sudah boleh rasa. belum lagi aku tunjukkan pada siapa-siapa, tak mau lah..buat malu saja

sememangnya aku teringin nak tulis dengan gaya yang berlainan. mahu cuba lari dari tipikalnya seorang Nub.

kerana aku sangat gemar membaca tulisan-tulisan yang hebat biarpun daripada orang yang tidak seberapa namanya. kalau dalam dunia blog, banyak blog yang aku jumpa dan depa mampu membuat aku berkata...
"terarnya hang ni. ajaqkan aku skill secebis dua"


namun bila aku sendiri cuba berbuat demikian, rasa enak yang diingini tak jua kunjung tiba. makin jauh lari pulak rasanya.

apa pun, aku tak kisah. tak semua benda aku boleh buat. aku terus juga mencuba, mencuba dan mencuba. kalau dalam folder "note note budak" dalam laptop aku ni, memang penuh dengan nota notepad yang aku tulis sendiri. dan jadi bacaan hanya aku sendiri.

seronok juga buat gelak-gelakkan diri sendiri dengan hasil yang kurang mutu.

itulah aku kata, teringin tapi tak terar. tapi ampa-ampa dan depa-depa semua yang terar tu, teruskan. aku boleh berceria dengan macam-macam cara dan salah satunya ialah melalui hasil tulisan yang hebat-hebat belaka.

tak cemburulah, cuma bangga. ok sejujurnya, ada sedikit hairan bagaimana kamu-kamu semua boleh sebegitu terar naaa....

bakat tambah dengan usaha serta passion yang sangat deep mungkin.. tabik spring lah!

5 comments:

IamJoonet said...

sat ,sat baca untuk kali ke3 dah....dah terar la ney,tulis sampai aku baca 3 kali...huhuhuh

si robot comel said...

aku tabik penulisan yang amat tinggi kosa katanya,gaya dia tulis amat bersahaja,tapi mampu menarik orang membacanya.

eh hasil penulisan kau amat sedap,aku suka. Terar lah weyh.wa tabik lu. :)

si robot comel said...

aku tabik penulisan yang amat tinggi kosa katanya,gaya dia tulis amat bersahaja,tapi mampu menarik orang membacanya.

eh hasil penulisan kau amat sedap,aku suka. Terar lah weyh.wa tabik lu. :)

the kaskaw said...

unknown : alolo jgnla sedapkan ati gitu. malu aii. kehkeh. goliden

eton : itu byk aku mengarut2 saja. jangan ikutkan sangat. ikut yang elok2 nun. banyak lagi yg baik2

Hamba Allah said...

Setuju dengan si robot comel.Kalau akukan Nub aku lebih gemar baca blog-blog versi indonesia.Kalau perhatikan betul-betulkan ayat-ayat yang diorang gunakan untuk nukilkan tu begitu indah sekali.

Aku terpengaruh sebenarnya nak menulis macam tu.Blog contengan Jalanan tu pun aku dapat idea lepas menonton ada apa dengan cinta.Tak susah kalau kau nak Nub.Yang pentingnya kau kena rajin search dan luaskan bahan bacaan.Kena rajin sikitlah.Lainlah macam aku ni hantu buku.Selagi ada tulisan selagi tu aku baca =)