aku takmau cerita definisi. sebab itu boleh digoogle sendiri. sebab aku cuma paham sesuatu benda dengan kefahaman aku sendiri. macam juga belajar. kau takkan faham selagi kau tak fahamkan dengan cara kau sendiri, otak kau sendiri. biar ada 3300 helaian definisi, selagi otak kau tak tangkap dengan sendiri, kau tetap tuli.
humor bagi diri aku ialah ceria. jika sesuatu itu buat aku gelak bahak, ketawa 2-3 cebis, senyum meleret atau cuma senyum seperti kena cubit, aku sudah anggap humor.
ada yang sinis
ada yang direct
ada yang gilababi
ada yang sopan saja
ada yang sweet-sweet gitu
ada yang menjadi
dan ada pula yang macamharam. mungkin macam amir.
tapi amir sebenarnya contoh majoriti manusia normal dalam dunia ni. dia cermin bagi aku, kau, dia, dan mereka yang lain. bukan semua orang ada talent humor dalam diri tapi setiap orang ada humor mereka sendiri. amir ialah spesies orang yang lawaknya dipaham oleh diri sendiri dan orang terdekat saja. aku percaya dalam keluarga mahupun dalam kampung dia, dia seorang yang lawak. kerana orang kenal sifatnya bagaimana. seperti jua manusia lain. bezanya cuma, dia tak sedar diri dan kita sedar diri sikit. hehe
humor ada yang difaham oleh kau sendiri. tipulah kalau kau tak pernah gelak-gelak sorang diri bila teringatkan something.
humor ada yang difaham berkelompok. kau dan kawan kau membahan sesama sendiri
humor ada yang difaham menyeluruh. semua orang paham dan semua orang gelak. yang noobster dan lampi mungkin la kot lambat sikit
humor bukan kau boleh paksa-paksa untuk buat orang lain suka akan kau. kau kompom failed punya. sapa yang cuba menjadi awesome dengan menjadi orang yang kononnya lawak adalah orang bodoh tahap cipan.
dan sapa-sapa yang mengaku diri sendiri lawak adalah orang perasan.
bagi aku, bukan humor/lawak yang penting tapi senyuman terhasil dek kerana ceria yang tercipta
tak salah melawak. tak salah berceria. itulah warna dalam hidup kita....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kdg2 kalau gelak untuk lawak sendiri kena cop bodoh..org xgelak dgn lawak kita,tapi org gelakkan kita sebab nampak bodoh..shit kat situ...tapi peduli hapa,lagi kita boleh ceriakan diri sendiri,dah ok...
ia tengok niat macammana kan.. aku antara orang yang jenis suka berceria sendiri-sendiri. hehek.
Kesianlah kat aku kalau macam ni.Baru nak bukak mulut sikit orang disekeliling aku dah gelak.Perangai aku pelik dari biasa lagilah sedap diorang gelak.Aku pun hairan jugak apsal diorang suka gelakkan aku?
Bila tanya semua akan cakap tak perlu kau cakap pun kau tu memang dah lawak.Serba serbi lawak.Sedih eh.Bila diorang gelak non-stop punyalah.
Post a Comment