ada masa memang aku suka ceria. hampir setiap masa. 99% masa lebih tepatnya
ada masa aku suka berfikir lebih dalam. dalam ceria aku berfikir. tak juga serius. tapi tetap berfikir.
bila fikir, tidaklah se-extraordinary seperti orang lain. aku dan fikiran aku cuma biasa-biasa aku saja.
bila mau menulis, memang aku perlu masa. bukan untuk berfikir lama. tapi untuk mendapat kekuatan menekan butang oren bertuliskan PUBLISH POST.
bagi aku, apa apa jua aku akan tulis. pastinya,99% aku suka menulis yang ceria
cuma 1% untuk yang lain-lainnya. tapi itulah orang kata, takda 1% takkan cukup 100%. 1% yang bukan sesuatu yang ceria itu tetap merupakan 1% yang aku suka.
bila membaca(blog khususnya), memang aku suka baca semua. biar seorang itu cuma bercerita tentang kematian kucingnya dengan cara yang tak tersampai pun maksudnya, tapi aku tetap suka.
kerana bagi aku, untuk seseorang itu menceritakan sesuatu pasal hidupnya memerlukan kekuatan yang sangat tinggi darjahnya,
dan aku selalu tak mencapai kekuatan seperti manusia lainnya
walau aku ceria di dunia luar. ada kawan, ada life, ada keseronokan, ada passion trening bola malam-malam, ada keluarga tempat dikongsikan kasih, ada assignment sebagai medium mencarut memaki...
ada masa aku tak punya kekuatan untuk menzahirkan/memantulkan ia ke dalam tulisan-tulisan.
anda juga pasti punya masa sedemikian
masa kita tak sama...
walau hati tidaklah berduka lara, idea berceria itu ada, tulisan-tulisan gembira itu telah terbina, tapi mungkin bukan masanya untuk berkongsi rasa dengan semua...
ah butang oren, rupanya bukan senang jua untuk menekan kau ya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
merepek la dalam ruang sendiri lagi boleh..ye dak..
Memang perlukan kegagahan nak tekan button publish post tu.Boleh terbenam idea kalau lama sangat dok natap draft yang masih plain.
hzka :yep. itu memang puas yg sgt puas
mdg : haha. perlu kekuatan juga... haishhh... ingat senang2 ka mau mencoret rasa naa..
Post a Comment