"bila kau suka seorang gadis, kau bukan saja perlu suka padanya malah kawan-kawannya sekali. bila kau nak seorang gadis tu sukakan kau, kau kena buat kawan-kawannya sukakan kau sekali"
sekali baca, majoriti otak lelaki akan fikir
ahh. apa kena mengena?
aku tak suruh pun dia suka kawan-kawan aku, awat aku kena suka kawan-kawan dia?
ini ketidak adilan
peduli apa aku? dapat dia sudahlah. itu jaa yang aku nak
biasalah, siapa saja yang suka disusahkan sedangkan benda sedemikian tak patut menjadi kesusahan pun buat diri masing-masing. si gadis itu yang disuka, kawan-kawan sibuk pasaipa ya dak?
tapi ketahuilah nature bahawa ramai gadis yang mengamalkan gaya persahabatan secara berkumpulan. mungkin 3-4 orang, 5-6 atau lebih ramai lagi. dan ketahuilah jua bahawa gaya persahabatan berkumpulan depa itu sangatlah berbeza daripada lelaki. lelaki takkan cerita semua kepada mememba.
tapi girls sama sekali berlainan. mereka share semuanya.
dari detik pertama seorang lelaki itu memasuki hatinya, dia sudah bunga-bungakan perasaannya kepada kawan-kawan. kawan-kawannya apa lagi, segera menjalankan tugas penyiasat berkumpulan secara sukarela dan menjadi pengaruh besar terhadap keputusan yang bakal diputuskannya..
lelaki berkenaan akan diperhatikan segenap sudut. pakainya, perangainya, pergaulannya, kawan-kawannya dan sudah tentu kehidupan alam mayanya. secara disedari ataupun tidak, mereka ini sudah officially menjadi juri tukang pemberi markah kepada lelaki berkenaan.
adakah patut lelaki memberontak, buat tak endah saja atau mengencing "penghakiman kawan-kawan" nih?
bagi aku, aku akan kata jangan. jadilah diri anda seperti biasa. follow saja flow yang dicipta sekumpulan kawan rapat kepada gadis yang didambakan tu.
kenapa sedemikian?
1) hang memang tak boleh lari daripada dinilai. oleh siapa-siapa saja. itu lumrah kehidupan.
2) kalau hang berpura buat baik demi mengencing mememba dia, nanti bila dia perasan hang dah kencing...hang akan kehilangan dia
3) dengan tidak memberontak dan memarahi perbuatan kawan-kawannya tu, bermakna hang sudah menguatkan rasa suka dalam diri hang terhadap dia. dan rasa suka dia terhadap hang.
4) dengan mengenali kawan-kawannya, hang lebih kenal bagaimana sifat sebenar gadis yang hang damba tu. betul dia yang patut hang suka atau hang sudah tersalah suka pada gadis yang tak sepatutnya
5) kawan-kawannya itu bukanlah haters yang akan membenci hang. depa cuma mencuba menjadi sekumpulan kawan yang sangat sayangkan kawan.
6) sekali hang lepas "penghakiman kawan-kawan", samalah macam hang dah lepas test JPJ. bila dapat lesen P hang tu, gunalah baik-baik kalau tak nanti kena tarik balik. ehehe
7) ini memang latihan yang baik bagi menghadapi hakim yang lebih besar kelak yakni ibu bapanya dan ALLAH s.w.t. we can't cheat ALLAH beb. try ur hardest, u just can't.
usahlah dikalutkan perkara yang sebenarnya menguntungkan, kelak nanti kau jadi orang yang dibutakan percintaan
berkapel tu nakharun mendosakan, tapi percintaan yang halal itu salah satu cara hang mencari keredhaan
berkapel tu nakharun mendosakan, tapi percintaan yang halal itu salah satu cara hang mencari keredhaan
4 comments:
tips yang baik bro...hahaha...sebenaqnya..member2 lebih pada nyibuk..serius....tp..dalam nyibuk2 tu lah dia cuba care member dia yang nak diayat ney..nanti tak ah nasik jadi bubuq..dan angau..taik pun bau wangi wey...=)
itulah tu.. perempuan selalunya lagu tu lah kan.. tapi ok ja, aku tak rasa macam bebanan pun. macam yang aku kata di atas ni lah. =)
bravo.bravo.Tepuk tangan 5 kali.Aku suka entri ni.Macam ada pengalaman kena judge mememba gegirl je kau ni.eheh
mdg : haha, sama sekali aku cuma membayangkan saja bagaimana rasanya dihakimi sedemikian...
Post a Comment