Nov 11, 2011

Islam itu mudah, bukan dipermudahkan...

aku bila jijik dengan sesuatu, jarang sekali aku beritahu orang lain. cuma aku semat dalam hati. kerna aku tahu tafsiran jijik yang aku sangka dalam hati ni mungkin sudah ditipu dek pemikiran akal aku yang salah.

entah kenapa semenjak dua ini, aku ada sikit berani meluahkan. dalam kaskaw ini. mungkin sedikit-sedikit dalam si jantung hati bbsb.

cumanya, jijik nyata yang aku rasa semua orang rasa ialah terhadap orang sekeliling yang memudah-mudahkan Islam. memang Islam itu mudah, tapi bukan untuk sesukahati hang permudahkan.

hal tudung misalnya. ahh nak cakap pun aku jijik.
hal bersenda dengan menggunakan ayat-ayat ALLAH untuk kaver dosa sehari-hari
banyak lagi hal nyatanya, cuma aku sendiri nak menyatakan jadi jijik.

hal artis dan perubahan. mereka itu baguslah kerana kini makin mendekati ALLAH. yang kita ni semua, suka dan terus suka pada orang itu kerana perubahannya atau semata-mata kerana memang kita minat kat dia.
dia masih cantik, dia masih jelita..sebab tu kah?
dia bergaya, dia lilit2 tudung pun tetap bergaya..sebab tu kah?
kalau itu sebabnya, nyata kita dah salah.

aku jarang sekali ada minat mana-mana artis. bukan aku hina atau caci mereka, cumanya mereka inilah contoh jelas orang yang mempermudahkan agama sewenang-wenangnya. bertudung kerana peminat. peminat Tuhan kau kah?  statement2 bodoh selalu saja terpacul dari mulut mereka.

ahhh memangnya aku sesak. taktahu nak susun ayat apa. bila aku menulis benda yang menjijikkan aku, kejijikan aku mengatasi segalanya. rasional aku hilang entah ke mana. rasa macam mencarut dalam versi carca merba.

maafkan aku jika timbul kebingungan dalam sel neuron ampa bila membaca. nyatanya, aku jijik dengan apa yang aku carutkan di atas. walau ada banyak lagi kejijikannya, cukuplah itu saja yang tertera. aku memang taktau nak habaq lagu mana......

2 comments:

IamJoonet said...

serius la jijik meh...

#aku kelu ney...huhuh

Hamba Allah said...

Ya.Aku juga merasakan apa yang kau rasa.Begitu mudah sekali mereka mempersendakan hukum allah.Dekat akhirat nanti terimalah balasan.