Mar 5, 2012

realiti

aku bukanlah orang yang tak percaya kepada sesuatu yang tidak dilihat dengan mata kepala hati sendiri, tapi sejujur habis jujur aku takkan pernah percaya dengan apa yang terhidang di alam maya.

bukan hendak sinikal atau memandang rendah, cumanya memang aku kurang nak percaya. iya satu contoh mudah ; gambar hasil dslr dgn edit2 segala tu walau nampak di skrin sungguh cantik kenyataannya orangnya tak cantik pun. picture tricks always tricking people because we try to look good in other's perception.

itu secara terang-terangan lah

secara halusnya lagilah sadis gamaknya

kita biasa membuat kawan secara pukal di alam maya dengan fb,twit,blog dan medium seirama dengannya...tapi hakikat yang pedih untuk ditelan ialah berapa ramai saja yang sanggup menjadi sahabat sebenar dan berapa ramai saja yang kita rasakan layak untuk kita berikan title seorang sahabat.

aku bersyukur aku ter-intercept dengan beberapa teman yang memangnya baik di dunia maya dan di dunia realitas, sayangnya aku pula yang tak bijak menghargai.

takda sebab lain untuk beralasan, cuma satu sahaja yakni aku masih diliputi rasa "realiti tetap lebih baik dari sesuatu yang sekadar was-was untuk dipercayai"


mungkin salah aku sendiri jugak tak pandai mengaplikasi kemodenan konsep kehidupan zaman kini.....

4 comments:

IamJoonet said...

bila dunia ni dah semakin maju,semua nampak palsu..teruskan hidup mcm biasa nub...

Primadona said...

Setuju gila.Dengan kemajuan teknologi semua boleh dimanipulasi.Jadi jangan pernah percaya dengan gambar yang aku pernah pampang dekat blog mahupun fb ya.Hakikatnya aku tak lawa pun.haha

Mashe said...

org suka ambik kesempatan dlm dunia maya. itu yg aku tau

the kaskaw said...

hangpa memang staiii