Mar 26, 2012

pilihan untuk dilalaikan

hiburan. siapa tak suka

menenangkan, tapi bila pukal jadinya tak lagi keruan

nyanyian, wayang gambar, bacaan songsang semua kita layankan

duduk duduk hisap rokok, gebang setinggi gunung

isu semasa hal nya cuma mengata orang sini sana

sibuk hal artis korea

kalut fesyen dahaga gaya

internet diguna cuma berhibur bersosial sahaja

bila memenangkan diri bangga saja dengan generasi "gemilang"nya

pegang kepercayaan pada hal tak semena

diri sendiri dan kawan sepegangan yang benar belaka



kita pilih untuk melalaikan diri kita


bila cuba disuntik kesedaran, disalahkan pula sang pemberi suntikan


kita pilih untuk melalaikan diri kita

1 comment:

Anonymous said...

manusia memang macam ni..