Dec 19, 2011

things about novel

the dithyramb


-pengolahan benda kecil dijadikan kepada sangat indah
contohnya: kita tengok air laut sebagai air laut. masin,berombak,masin. ok mungkin itu saja. tapi kala membaca novel dijelaskan air laut itu sangat cantik. biru,memberi nyawa kepada hidupan marin,lambang perasaan yang tak menentu,ketenangan and so on.

-plot kreatif,unexpected,interesting
macam juga dalam movie. plot kenalah lain daripada biasa,baru syok orang baca. apa ingat dalam muvie ja ka boleh ada twist atau reversal. novel pun ada maa

-ilmu meluas si penulis
novel juga merupakan cara mengaut ilmu dengan santai. sambil membaca kisah watak utama, yang merancakkan cerita mestilah kepadatan ilmu yang disumbat. kalau semua nak describe jalan cerita ja, bila nak berkembang otak kita si pembaca ya dak

-melancong serata dunia hanya melalui sebuah buku
hah, ini mungkin trend novel tahun 2000-an. atau mungkin dah lama dulu lagi dah ada dah, cuma sekarang ni jaa baru ketara. akan diletakkan plot di mana watak utama berpindah/bawak diri/merantau/berhijrah/merajuk/ apa-apa saja konsep yang digunakan ke suatu tempat yang jauh. overseas contohnya. sambil baca boleh bayangkan lagumana keadaan kat sana.

wah syoknya melancong, macam selalu aku buat bila main google earth. melancong alam maya kata orang. hihi

-the feelings just like we were the one facing the situation
hah, bab bermain emosi ni aku rasa orang buku jauh lagi hebat dari orang wayang. susah nak dapat gapai emosi pelakon-pelakon dalam filem, tapi emosi watak-watak dalam novel selalu saja berjaya menusuk pemikiran pembaca. buat orang takdak perasaan sekalipun,depa mungkin akan kata "eleh..apalah baca novel. feeling lebeyh".. see. ada feeling sebenaqnya cuma sombong taknak rasakan feeling2 yang ada dalam buku.

- and banyak lagilah. kalau aku tulis satu satu mau 4 page jugak ni kang



the boo's


-overdescribe
kata orang jangan hypo jangan hyper. biar sedang sedang. tapi kalau dilihat dalam sesetengah novel yang kurang uummphh, masalah overdescribe ni yang buat kita jadi malas layan. sesuatu itu penulis drag terlampau panjang hinggakan melalut jadinya. ni banyak aku kesan dibuat oleh penulis wanita. no offense. bukan mengata hal gender tapi menyata apa yang aku rasa. penulis lelaki ada juga buat, cuma kuranglah. iyalah kata lelaki wanita ni susah nak faham, maka dia describelah sehingga dia rasa orang faham. hihi.

"novel ibarat tomyam. kadang-kadang dah cukup sedap tapi sampah terlebih hasilnya separuh mangkuk pun tak jalan..."


-pengulangan bikin kebosanan
kalau terlebih ulang ayat, terlebih ulang bombastic words, terlebih ulang scene masa lalu, terlebih benda benda yang tak perlu, memang akan bikin orang benci. kalau seorang itu bermula membaca novel yang ada benda benda begini, tentu dia stop dah takmau baca yang lain.

-penyusunan scene berselerak
aku percaya kata kata "make things simple is a complex perfection". sebaiknya kalau tak betul betul teliti, sebuah novel itu tak patut ada monolog-fraction lebih daripada 5 watak. 3 pun aku rasa sudah kasi pusing. boleh itu boleh, tapi elak lagi bagus. aku pernah baca yang sampai 7, tapi memang stail lah cara dia ceritakan. so its ok.

-stick kepada 1 gaya sahaja
sekarang zaman makin kehadapan, kalau tak catch-up rugi yang amat. hmm, sekali lagi kebosanan jadi penyebab. jika gaya penulisan si penulis sudah berulangkali digunapakai dan sudah boleh detect oleh pembaca, lama kelamaan takdak lagi kemanisan dalam membaca buku berpuluh helaian.

kelau melayu mudah lupa, manusia mudah bosan



apa-apa pun, aku still merekemenkan hangpa jadilah orang yang boleh membaca novel. janganlah benci-benci sangat. benci kuat nanti sayangnya juga kuat. macam aku lah, dulu gelakkan ibu beli novel, akhirnya terjebak. siap tolong belikan lagi. hihi. walaupun lepas pmr baru mula niat nak belek-belek, still berjuta lagi buku di luar sana nun yang belum aku baca. alhamdulillah sekarang aku boleh hadap semua tak kiralah apa saja genre yang diklasifikasikan kita =)


1 comment:

Mashe said...

betoi2... aku pon ada novel yang aku rasa suck jugak