aku berpegang pada 1 perkara berkenaan minat, yakni "jika orang tu minat akan sesuatu, aku takkan sesekali kacau minat dia tu"
lebih luas lagi aku kupaskan, aku takkan cemuh seseorang bila dia membuat perkara yang dia sangat minat. jika kawan kawan suka main game, berinternet, makan, berjalan merata tempat atau mungkin minat membasuh motor tiap tiap hari sekalipun, aku takkan sesekali merendahkan dia bila dia memenuhi kepuasan nikmat yang dia mahu rasa.
seperti juga aku mengharapkan orang menghormati aku membuat perkara yang aku minat.
tapi itulah. aku ialah aku. orang lain adalah orang lain. kasut kita tak sama, baju kita sarung juga berbeza.
cumanya..kalau lah kita mampu biarkan seseorang itu gembira dengan apa yang hatinya damba, aku yakin dunia ini kurang sengsara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
benci gak kalau org tetiba kutuk minat kita..itu lagi sial...huhu
tahu xpa. macam aku suka tulis tulis. bila orang kutuk aku rasa macam tak adil pulak. tak sokong aku tak kisah tapi menghina tu macam jelek teruk dah tu.
Post a Comment