Dec 9, 2011

diskriminasi

satu sifat buruk yang aku cuba sebolehnya padam dalam hidup sehari-hari ialah discriminate orang lain. sementelah kecik mudah saja otak aku ni menilai itu dan ini. jika orang India dikatakan bangang mencipta kasta, aku lebih bangang kerana meng-hierarki-kan orang walau masyarakat kita tak wujud pun apa itu kasta.

tapi hal judging, discriminate, pandang serong, sinis dan tidak berlaku adil memang payah nak dibuang. sepasang mata 2 bijik ini kerjanya memandang dan melihat, namun jika tidak diguna segera otak untuk mengawal pergerakan minda, maka tak jadi juga.

seperti suatu petang itu, aku tengok pakgad di gate menahan sebuah kereta kancil tak berapa lawa cat nya pudar-pudar belaka, orangnya dilayan dengan muka masam gila.

kemudian lalu pula honda civic vtec pejadah yang mahai tu, dia pulak yang senyum lebaq memberi laluan tak pula ditahan dan dilayan dengan muka masam.

dalam hati ni.."huh, diskriminasi betoi. keta buruk hang tahan, kereta mahai hang biaq jaa lalu. kerja pakgad jaa pun nak discriminate orang"


rupanya aku sendiri yang sudah diskriminasikan dia, apa salahnya dia kerja pakgad. perangai dia itu yang tak baik, bukan profesionnya. terus aku mengingatkan dalam-dalam di dalam hati, beware atau nanti perangai buruk ni tak berubah sampai mati

1 comment:

Primadona said...

tak baik discriminate macam tu.Entah-entah orang yang guna kancil lusuh tu ada rumah bernila juta-juta.Sebab low profile dia guna keta kancil kaler lusuh tu je.Kalau guna kereta mahal nanti ramai org nak kawan dgn dia sbb harta susah jugakkan.haha