Nov 19, 2011

detector

kalau sekiranya seseorang tu suka pada kita, macammana nak detect?

ada yang kata kat aku, tengok dari cara dia pandang kita. oh maaannn!!! gumana nak detect oh? tiap-tiap hari punya ramai orang pandang kita(bukanlah hotsetap, cuma fitrah manusia), so macammana kita nak tau an

hang kena tengok cara dia pandang hang tu.. dia curi-curi tengok ka, dia tengok lama-lama ka, dia tengok kendian senyum kambing ka, takpun dia saja buat-buat tak tengok time hang tengok dia


zzzzzzz. payah ngat aih bab tengok menengok nih. bak mai cara len.


haa. kalau dia malu-malu bila hang ada, itu dia suka hang la tuuu


bluerk. orang pemalu ramai kot. aku pun pemalu bab dengan perempuan. dulu aku skola laki hang tau dak? kalau bab berkawan, memang aku treat kawan perempuan aku macam laki. kalau dia nak keperempuanan sangat, memang jaranglah aku kawan dengan orang lagu tu.


bila dia rajin cerita masalah-masalah dia kat hang, dia ada hati kat hang


ni pun lagi satu pelaq. tahukah hang bahawasanya lagi ramai manusia menceritakan masalah kepada seorang stranger. stranger dalam pengamatan kes ini ialah seseorang yang dia tak pernah jumpa. kalau pernah jumpa sekalipun, bukan pernah tegoq sama dia. manusia mencari orang selain orang yang rapat dengan dirinya untuk ceritakan masalah. kes macam ni berjuta ada dalam dunia tau dak? lagipun, jarang orang cerita masalah kat aku sebab aku bukan comforter yang comfy untuk menjadi bahu kepada seseorang menjiwa-jiwakan diri dia. aku sangat noob dalam menjadi pendengar masalah.



dahla. payah ngat aiyh hang ni. tensen aku


hahaha. lek la. aku melawak jaa. saja jaa aku nak tanya. heng kena la layan perangai orang sakit macam aku ni. mengada-ngadanya memang nak lebih-lebih. hikhik.


~still i wonder, how to detect all this kind of stuffs. it is not as easy as ABC... kan?

No comments: