Oct 18, 2011

sekecik binatang menumbangkan seorang manusia

mungkin sebesar kuku jari ibu, mungkin sebesar separuh kepala lutut, mungkin cuma sebesar sebiji gigi geraham manusia saiznya..

sekecil-kecil dia dibanding dengan sebuah badan cilik seorang manusia seperti aku, ternyata dia jauh lebih hebat

memang aku tak tahu si kecil itu apa dia. mungkin lebah,tebuan,ulat,penyengat dan serangga sefamilia dengannya..

satu gigitan tepat di hujung spinal cord aku sudah cukup buat kesannya jadi sangat menyadiskan.


sepuluh minit selepas gigitan(sempat jugak sebat rokok), gatal-gatal mula mendatang..aku segera pulang ke rumah..bintik-bintik gatal makin bertambah..muka aku mula berubah..terasa bengkak,pedih,perit,panas, seluruh badan..sempat aku pandang ke cermin..langsung takdapat lihat rupa lagi dah..bengkak di keliling mata terus menutup pandangan..

macam-macam teori keluar dari buah fikiran manusia-manusia di rumah. gegata lah,cengkenit lah,tebuan tanahlah.. aku sudah tak dapat fikir siapa gerangan si kecil itu. badanku yang lebih aku risaukan. diberi cadangan oleh mereka, taruklah kapur digosok dengan daun sirih di tempat bengkak menonjol. masalahnya pula, keseluruhan badan aku dah ditumbuhi bonggolan-bonggolan kesakitan.


apa lagi, terus ke klinik kesihatan kampung. almaklum kejadian berlaku di kawasan kampung jauh terpendam dari kecanggihan hospital kota. sewaktu melangkah nak menjejaki klinik, keadaan aku memang dah kronik. berjaya juga aku jumpa pintu kliniknya. menonong saja masuk tak fikir apa-apa. aku memang dah tak nampak apa-apa. cuma di mata yang terpancar ialah keputihan yang sangat terang. sungguh aku tak pernah merasa melihat cahaya putih seterang sedimikian. rawatan segera!rawatan segera! itu yang mampu aku jeritkan dalam hati.

disuruh aku baring di atas katil oleh MA(medical assistant). aku menggagau mencari katil. kepala memang weng habis...makin longlai makin longlai............tupp!!.......

tumbang jua aku akhirnya. pengsan. buka mata saja terlihat wayar penuh sekeliling badan. di tangan kanan tube memasukkan air. di tangan kiri pulse reader dan pembaca tekanan darah. nurse mengetip hujung jari mengambil sampel darah. 2-3 minit, setitik pun tak keluar. ditekannya lagi kuat-kuat, alhamdulillah dapat setitik kecil. di lubang hidung, tube oksigen memenuhi ruang. terlihat kawanku di sebelah cuba bertanya soalan yang langsung aku tak dengar...

beberapa saat kemudian, disalurkan air garam dan apa benda lagi tah ke badan aku. mata sudah boleh dibukak sedikit celik. MA bertanya,

awak dah makan pagi tadi?
sudah bang.
makan apa?
bihun goreng.
awak kurang gula. 2.1. teruk sangat ni. bukak mulut, minum air gula ni slow-slow...

30 minit kemudian aku dah boleh melihat dengan jelas. syukur. tak pernah aku dimasukkan ke wad. lagikan pula emergency. tak pernah aku pitam. inikan pula tumbang tak sedar apa-apa.

macam-macam sebab aku tumbang hari tu. darah rendah.kurang gula.kurang garam.kurang makan.bisa dalam badan terlalu banyak. kata MA, sebabnya sebelum2 ini bila digigit binatang, aku tak pernah pi ke hospital. racun-racun yang apatah namanya sudah maksimum dalam badan. kena tibai sekali ni dengan si kecik, tang spinal cord pulak tu...memang habeh la tumbang...

aku syukur setelah aku tumbang, aku masih mampu membuka mata melihat dunia. kawan di sisi. nurse-nurse menjaga sekeliling dengan baik. MA yang tak habis saja berleter.. betullah watak yang dibikin mamat khalid dalam kak limah nya.."bala...bala"... memang begitu sikit perangai MA-MA ni..

setelah 2 jam kemudian. aku dibenar keluar. alhamdulillah. kalau blood pressure tak naik, jawabnya 3 hari 2 malam di hospital besar. arghh masalah......

betul aku tak kelentong. sakitnya memang bukan kepalang. peringatan buat diri sendiri. bila-bila masa saja ALLAH boleh pisahkan badan dan roh aku ini. mungkin bukan kali ni. tapi sakitnya kali ini, aku yakin cuma secubit daripada azab kematian.



*kejadian berlaku di Kg. Kuala Atok, Pahang. sebenarnya hari sebelum tu aku menemani rumateku ke kampung beliau kerana opahnya meninggal. mana nak tahu, aku juga merasa baring beberapa jam mengadap azab sakit di klinik. mati boleh jadi di mana-mana,bila-bila masa tak kira apa jua sebabnya. takguna kau khatam semua cerita final destination kerana nak mengelak mati. semua akan mati. kalau kau buat taik atas dunia ni, rasalah azab menghadapi mati nanti. aku yang kena macam ni pun dah ngeri nak ingat kembali....


-al fatihah buat hajah esah binti hamzah. semoga roh opah dicucuri rahmat di alam sana..

8 comments:

Primadona said...

Al-Fatihah.Ya.Mati itu pasti.Sebab tu aku pun mula jarang nak update blog sesuka hati.Even kawan baik aku yang punyalah elok budi pekerti boleh pergi tanpa sebarang penyakit.Inikan pulak kau yang kena sengat dengan serangga kecil tu.Bila kena Nub?

the kaskaw said...

masa tetap akan tiba juga.

pagi semalam. masih terasa getarnya. heehe =)

IamJoonet said...

adui...hero akhirnya tumbang...ape da..tak cukup gula pulak..kalau telebey gula lagi bala...kencing manis pulok...bg balance ye bro..jaga diri..makan kena cukup..MA dah malas sekarang nak rawat kita kita ney..MA dekat tempat stdy ako asyik dgn PSP dia...hampeh..haha

the kaskaw said...

tak cukup gula tu yg aku heran tu. rasanya aku tiap2 hari byk bntai gula. rasanya effect bisa binatang tu kot buat aku jadi allergic shock yg teruk sangat..

ahahah, tak leh belah ouh MA sangap main psp...

Primadona said...

oh.Pagi semalam walapun dah beberapa hari lepas.Sampai masuk hospital? teruk jugak tu.

the kaskaw said...

eslok smpai jaa masuk pntu hospital, terus tumbang. ada jugak sikit2 aku dengaq orang yang perasan aku tumbang tu gelak2.. haha. adehhhh

Mashe said...

alfatihah.
yg hang nih awat? gula tak cukup? bnyk makan hati, (organ dalam). bnyk makan seafood.

the kaskaw said...

sms : mgkin overlimit dah tahap kemalasan aku menjaga badan..tu pasai le tu