Oct 8, 2011

rambut kehidupan lelaki

skeptik selalu kita kata, lelaki jaga rambut itu poyo dan bajet. rambut nak kemas-kemas, ber-gel, ada gaya itu gaya ini. masuk tandas betul rambut, tanggal helmet betul rambut, asal nampak cermin betulkan rambut, even lalu sebelah lopak pun boleh stop, tunduk sat tengok ayaq nak betulkan rambut. dan kita tentunya kata
"hang poyo! jadah!"


yahh ternyata kita silap.


rambut ibarat kehidupan buat lelaki. bagaimana dia mencorakkan rambutnya, begitulah lebih kurangnya kehidupan dia. rambut kemas, kemungkinan besar biliknya kemas, teratur, hidupnya juga. dia disiplin. rambut serabai kemungkinan besar dia sempoi-sempoi sengal sahaja orangya. rambut botak mungkin orangnya mudah dan senang kira.

mungkin tak sepenuhnya tepat. ada jaa rambut botak tapi kedekut berkira, rambut kemas tapi setakat rambut saja, bulu ketiak panjang macamharam. personaliti orang berbeza. sama rambut tak melambangkan sama pey-el nya.



berdasar pengalaman aku sendiri yang punya sedikit kemahiran gunting-menggunting rambut, aku kenal macam-macam kepala macam-macam orang. dan ada betulnya teori rambut lelaki itu menjadi reflect kehidupan sebenaq dia.


dan bagi gadis-gadis, rambut sebenaqnya ialah senjata penting seorang lelaki. kalau kena dengan citarasa seseorang gadis tu, free-free ja si dia akan berkenan. kalau tak, tak keluaq la ayat dari mulut gadis.. "waaahh. cuweeet mamat tu. rambut dia sweeet".  mungkin depa ni tak judge a book by its cover but judge a boy by their hair.


makanya, jangan kita sangka jaga rambut tu poyo. walaupun ada segelintiaq tu, memang dia poyo. jenih buh minyak rambut sekilo. dia punya pacak, cicak jatuh ataih kepala teroih mati oo!


dan aku adalah jenis rambut serabai tak bersikat tak bubuh apa-apa. kasi betul guna jari saja. bosan-bosan di kedai mamak boleh main-main rambut.pegang sini pegang sana. apa ingat awek jaa boleh gentel rambut.

KASKAW!

7 comments:

Mashe said...

ha ha ha . lelaki pon guna jari. haha.

-tolong guting rambut aku. malas. =.="

IamJoonet said...

baru potong rambut...sangat sedih...hahhaah

Primadona said...

Ala nub.Perempuan pun sama.Kalau tak atur rambut confimr2 atur tudung punya.haha.Tiada diskriminasi.haha

the kaskaw said...

sms : hahaha.jari dan rambut tu sebati. gntng rmbut gurl payah kot. aku pnah try kat adik pmpuan. perh. skali siap macam tomtomboy. haha

hazaika : hahaha.nanti ia tumbuh la balik tuu

mdg : hehe. kan. so bodohla sapa yang kata benda macam tu poyo naaa

Primadona said...

lumrah kehidupan kot.Lelaki dengan rambutnya perempuan dengan shawl nya yang dok belit-belit.Aku pun x faham kenapa mereka guna shawl sampai macam diri sendiri yang terbilit.Guna simple2 tak bleh ke? memang b***h.haha

the kaskaw said...

mdg : dlm keluarga aku, takdak sorang pn pakai shawl.. haha

Primadona said...

untunglah.tak la lama sangat nak tunggu berkemas.Rumah aku ada 2 orang yang gila bershawl x termasuk aku.haha