Oct 14, 2011

nikmat sihat, bukan semua orang dapat

aku bukanlah antara orang yang selalu sakit. fizikal dan mental.
badan ni alhamdulillah masih mampu berdiri tegak
kaki masih kuat menanggung hempakan badan ke tanah seberat 10 kali ganda jisim sebenar diri
tangan masih mampu diputar kedepan kebelakang, dikendur tegang, dikawal otak untuk membuat kerja-kerja keperluan.

walau tak besar tak gagah seperti the rock, tak tinggi tak galah seperti liu xiang, aku syukur masih punya jasad untuk ditumpangi roh yang adakalanya pincang

tapi nikmat sihat bukan semua orang dapat....

yang diberi nikmat, selalu saja tak ingat. syukur kau mana? hidup tahu nak sedap saja

seminggu lepas, mungkin nikmat sihat yang diberi kepada aku selama ini sedikit berkurangan. ALLAH tahu yang terbaik buat hamba-Nya. sihat dan sakit, Dia yang tentukan.

demam panas berpanjangan, perut meragam mungkin kerna salah makan. muntah muntah berselang seli. rokok yang selama ini buat aku sedap terus aku tak lalu nak hadap. itulah sedikit ketidaksyukuran aku..seksa diri sendiri kala Allah bagi nikmat sihat.

aku tak pernah kena sakit seteruk seminggu lepas. entah apa orang panggil tu, food poisoning katanya. tambah pulak dengan demam, muntah,pening,penat. tak mampu bangun mengadap dunia luar. yang aku nampak cuma kipas berpusing dan pintu bilik yang kadang kadang ditutup tarik.

memembe datang melawat, ini ayat mereka...

"haa kalian, inilah simptom-simptom penyakit hiv"


"oii jauh jauh, malaria!"


"ni tak lain tak bukan chikungunya"


"beware hari jumaat wey...."


ah kawan-kawan. biasalah. aku sakit depa gelakkan. depa sakit aku sayang-sayangkan. heh. terima kasih rakan perjuangan si rummate.. setia menolong menjaga. agak-agak bosan tengok aku derita, dibebel saja. dibakar rokok harvest sekali dua, bikin aku trauma minda.

kita memang selalu lalai. difikirkan sihat tu akan bersama sentiasa kita.

tapi yang nyata, nikmat sihat bukan semua orang dapat.

syukur

4 comments:

Primadona said...

oh tedah nya lok (loghat sarawak bila nak cakap kesiannya dia) x pe nub sakit tu kan penghapus dosa. :)

Kawan-kawan memang mcm tu.Bila dia sakit kita yg penat jaga tapi bila kita sakit kita jadi bahan.Tapi benda2 macam nilah yang akan kita ingat sampai bila-bila.

Syukur dengan apa yg ada.Ada lagi yang lebih derita hidupnya dari kita.Value life well yaw.peace.

IamJoonet said...

ALLAH sayangkan ang...mcm dia sayang hamba2 len...Allah duga kita...nak bagi kita ingat DIA...bukan sepanjang masa sihat hadap kita...kadang sakit pun nak jengah kita..selalunya...kita "manusia" bila susah/sakit baru ingat DIA....ye dak?

the kaskaw said...

mdg : itulah..kawan kan.. tak bertambah sakit pun dgn ayat2 tu. haha. yep betul. kita beruntung, tapi tak sedar...

hzka : itulah tu. aku pun selalu macam tu sindromnya.. dasar hidup nak sedap sajaa

Mashe said...

smpt lg isap rokok. ish.