Oct 11, 2011

misi dan emosi

lebih kurang 3 jam dari saat ini, aku perlu laksana satu misi. menyerbu bigbadwolf sekali lagi. buat ke-empat kalinya. kali ini sangat perlu. kerna hajat di hati mau membeli bacaan sesuai sebagai hadiah konvo sistah tercinta ahad nanti. dan jugak kerana ura-ura buku menimbun tinggi bukit makin menipis setiap detik.

ah kamonlah mr badwolf, apa pasai tak topap buku-buku tu? haish

bakal mahasiswi yang graduat dari utp. bukan calang orang perempuan seorang ni. sejak dari kecil, kamus hidupnya memang penuh dengan perkataan kejayaan. malah aku selalu berlumba agar dapat melebihi dia. ahad nanti detik dia melangkah satu level lagi dalam kehidupan, menggenggam segulung ijazah yang mana 22 tahun sudah didambakan.

cadangnya aku akan cuba mencari buku yang boleh meng-inspirasikan beliau mengadap cabaran mendatang. mungkin cara menangani kerenah bos, mengurus gaji pertama, mengurus hal kawan kerja atau susah-susah sangat buku pasal perkahwinan saja. haha. ah, tunggu sajalah 3 jam akan datang nanti, aku akan cuba memikirkan buku yang paling kena dengan sifat beliau.

bercakap tentang sifat. salah satu sifat terbesar dalam diri beliau ialah beremosi. hang memang kuat emosi hang tau dak? aku yakin habis selesai konvo nanti kompom beliau akan teriak. hahaha. 150% keyakinan aku. entah dari mana datang DNA sifat berkenaan. kedua ibu dan ayah aku begitu payah beremosi. kami adik-beradik yang lain lagilah..jarang sekali. kami kuat membahan sama sendiri adalah. kemudian gelak-gelak saja tak pernah melekat di hati.

apa-apa pun, emosi kau lah yang penting buat kami. selaku sulung, ada masa memang perlu kau emosi untuk kau menggalas tugas anak yang pertama. jangan risau. aku anak kedua tapi aku takkan sesekali buat bodo macam tu jaa. we're tag team beb. insyaALLAH elok2 belaka.


ahh usah dipandang tipis hal emosi. semua orang akan kena tempiasnya derita emosi. aku pun sekali. perang dengan emosi jauh lagi hebat dari perang berebut naik bas di zaman 1st sem..jauh lagi hebat dari perang memembe aku berebut nak dapat port best nak tengok tv di bilik aku ni..jauh dari hebat dari kami ramai-ramai berebut tandas paling hujung bila kena cirit-birit...

semua orang ada emosi tersendiri. aku jenis yang hanya pandai simpan dalam hati. mungkin laa ni nak try belajaq berkongsi.... =)

Kaskaw!

5 comments:

IamJoonet said...

tahniah utk sis...hehehe...ako pulak time naik stge hambek sijil 1st...abah yg mengalir air mata...terharu2..abh nak sgt tgk anak2 berjaya...i'allah..utk kali kedua..harap abh xmenangis lagi..hehe

Mashe said...

aku bru tau hang anak kedua. sama!

Primadona said...

Congrats untuk sis kau.Kau pun tak lama lagi ikut jejak langkah dia.Aku jeles gila bila hang asyik pergi bantai semua buku kat pameran tu.haish.Peranan emosi itu penting.:)

the kaskaw said...

hzka : tahniahh. dan semoga perjalanan yang diharung nanti baik2 belaka =)

sms : hehek. 2nd child rules!

mdg : wahaha. memang syiok. dah 200 ringgit aku perabeh. tapi tk rasa nyesal sikit pun. almari di bilik sudah bertambah.. heehe =)

Primadona said...

argh..marah ni.marah ni.Jangan kasi aku jeles noh..(peranan emosi)

ya aku kalau government bagi elaun rm1000 pun buku jugak yang akan aku beli.gadjet langsung tak kisah.haha'