nyampah la dengan ko
aku pun nyampah dengan ko
meluat tengok muka ko
aku laaaagi meluat dengan ko
malas ah layan ko
ala, malas-malas pun layan jugak kaaannn...
aku benci ko
say what?? seriuslyyy?? uhuk uhuk....=(
begitulah horror sekali perkataan benci. meluat,menyampah,malas layan takkan menjadi sebegitu horror sebagaimana benci. sekali sudah benci, sampai bila-bila pun benci tu takkan habis. biar dah berdamai atau sudah berbaik-baik, rasa benci mesti ada tertinggal walau sekelumit. sekali sudah benci, ada kemungkinan benci tu akan datang balik.
aku sendiri pada mulanya tak pernah pandang tinggi pada perkataan benci. aku fikir, kalau orang bencikan aku, perkataan itu main-main saja. tapi nyata sekali salah. biarlah seseorang itu ada 1001 perasaan negatif pun terhadap kita, tapi jangan biarkan benci termasuk di dalamnya.
setiap manusia ada kebenciannya sendiri dan ada yang dibencikan terhadapnya. bermula dari bencilah perasaan tak suka akan timbul, kemudian perbalahan dan diakhiri dengan perseteruan sesama manusia.
ada 3 reaksi akan timbul bila seseorang bencikan kita :
1) benci terang terangan
ini jenis kebencian yang akan ditunjuk secara jelas. segala perbuatan dia akan menampakkan tujuan hatinya yang betul-betul bencikan kita. marah direct. itu yang selalu dilakukan. "eyh, sekali aku benci hang, sampai bila-bila aku benci hang tau dak?"
2) benci belakang-belakang
jenis kebencian ini akan menjadikan seorang manusia mengumpat, mengutuk, cerita belakang terhadap orang yang dibencinya. dia tak beritahu kita secara jelas. tapi diberitahu kepada orang lain dengan harapan dapatlah melunaskan kebencian yang terpendam.
3) benci sembunyi tayang
ini yang aku rasakan banyak diamalkan oleh manusia sekarang. benci tapi berperangai seolahnya tidak. dia tetap layan kita macam biasa, berhubungan seperti biasa, tapi dalam kebiasaan itu ada penuh kebencian yang membuatkan orang yang dibenci terus sahaja percaya terhadapnya. mungkin ada kalanya sinis, tapi takkan dapat dibongkarkan.
kalau aku, aku takut dengan ketiga-tiga jenis benci di atas ni. pernah anda tertanya sendiri dalam fikiran anda.."kenapa perlu ada benci?"..
tak semua akan bertanya soalan demikian. lebih parah, benci terhadap orang lain sudah menjadi lumrah dalam hati. asal boleh, semua nak dibencikan.
bila mengetahui ada orang bencikan kita, 2 tindakan utama manusia ialah buat bodoh malas layan atau turut sama berperang membalas kebencian. aku lebih gemar berbuat tindakan yang ke-3 iaitu menggali asal-usul dan sebab-musabab kebencian itu timbul.
biar orang tak biasa buat tapi kita buat. kita atasi kebencian.
usah terlalu mudah melatah bila dibenci orang. usah dibalas kebencian dengan kebencian. elakkan perseteruan. kita cari sebab kenapa kita dibenci. kita rendahkan ego dan kemarahan kita untuk menyelami apa yang dibencikan sangat tu. jika benar salah kita, kita perbetulkan. jika salah orang lain, kita jangan sembunyikan.
aku percaya setiap masalah perselisihan boleh selesai dengan luahan rasa yang jujur dan ikhlas
kita tak dilahirkan dengan kain yang bercorak kebencian. kita tak dilahirkan dengan ciuman ibu berserta pesanan "besaq nanti benci-bencilah kat orang ya nak". kita tak dibesarkan dengan diberi bacaan bersifat mencari kebencian. kita tak ditadikakan dengan belajar subjek Mari Membenci Orang.
dari segi logiknya, siapa jaa yang mau menyimpan perasaan negatif terhadap manusia lain? kecualilah orang itu memang tak suka hidup yang aman. dia lebih suka hidupnya bercanggah dengan kebahagiaan. bagi orang begitu, mungkin benci adalah makanan hidupnya.
tapi kita bukan orang yang macam tu kan............?
haa, bukan?
ah mencik ngan hangpa! haha =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
alamak...ako kategori yg 1st...tp pada satu figura saja..rimas weyh...dia ako benci dia...sorry lah..ako terpaksa benci dia..huhuh..xtau nak atasi dah..
aku harap ada penyelesaian yang bercahaya untuk kebencian hang tu..tak mustahil.. betul
dah dua sem ako cuba atasi..tp berat la...dia yg mulakan...biar dia yang setelkan...ako tggu dan tengok....cukup lah...
aku selalu yang the third one. Tapi setahu aku benci itu akronim untuk Bencintakan.ala-ala lagu Faizal Tahir tu.haha
hzka : sebaiknya aku serahkan kepada hang, tuan empunya diri untuk berbuat keputusan. cumanya 1 harapan aku, semoga pengakhirannya nanti baik2 belaka =)
mdg : hehe. itu macam benci dalam percintaan jaa. tak kenal maka tak benci. tak benci maka tak sayang. tak sayang maka tak cinta lah kan.,, =)
aku seseorg yg snang nk maafkn org. susah nk lupa. dan aku simpn dendam. dendam tuh ada sedikit benci. erk.
aku normalnya jenis smpan dalam. tapi bab permasalahan. kalau kebencian tak pandai lagi nak control betul2. dok mencubajaya
Post a Comment