Oct 8, 2011

F untuk spesies ini

iya si dia memang baik. selalu orang memperkata bahawa susah nak dapat gadis baik sebegitu. tapi andaian orang bukan semuanya tepat. mungkin kerana keterkinjaan wanita-wanita alaf sekarang, pandangan sebegitu timbul. namun dalam kebrobokan kehuru-haraan sekeliling, ternyata hadirnya si dia membuktikan ramai orang telah salah.

dan lebih magisnya, ada lelaki yang bertuah mendapat seseorang seperti si dia.

hatinya baik, perangainya baik. pergaulannya terjaga dengan lelaki-lelaki lain. rakan-rakannya juga orang baik-baik.


bila kau sakit, dijaganya engkau dengan baik. dia tahu kau sakit, dia tak minta berjumpa tergesa-gesa. dia tak merajuk bila kau tak sempat melayan dia. gadis lain biasanya sewaktu kita sakit itulah dia nak berjumpa, nak itu nak ini. sudahlah kita tengah sakit. dibuat perangai pulak. tapi si dia berbeza. cukup dengan satu dua panggilan telefon dia kepada engkau bertanya khabar berpesan makan ubat.  ibarat seorang anak teruna yang dijaga oleh ibunya dengan penuh sayang. terasa mau cepat-cepat baik saja



bila kau macam jarang sahaja berhubung dengan dia, dia tak syak wasangka tak tentu hala. seperti wanita lain yang biasanya akan keluarkan pernyataan seperti dia tak sayang aku lagi, dia ada perempuan lain atau dia lebih pentingkan kawan-kawan dari aku. tapi dia cool sahaja. bila kau text padanya kata "sorry lama  kita tak berhubungan" dibalasnya "ok saja, lepak dengan kengkawan tu baik-baik, tengok bola kalau kalah toksah down sangat, Man U tu memang liat nak kalah, nex time team u beat lah diorang, n kurangkan smoke tu taw. t senyum kurang sweetnya....=)"




tapi itulah, secomel-comel perangai dia, sang lelaki selalu saja leka. tak betul-betul mempedulikan. keselesaan lelaki selalu membikin keliru. sepertinya yakin betul si dia akan sentiasa berada disisi. silaplah jika ada spesies-spesies ini yang terus saja dengan keyakinan tersebut. suatu masa ia bakal mengurang dan mungkin hilang.


si dia mungkin bertahan dengan selambadakan kau, tapi untuk selamanya ia terlalu miraculous. kau perlu tindakan. tiada dalam perhubungan, satu pihak saja merasa kepayahan satu pihak lagi bersenang lenang. dalam drama indonesia di tv3, itu mungkin.

apa kata engkau turut sama jadi si comel yang lari dari kebiasaan lelaki lain. perhatian tu usah nak kedek-kedek-kedekut sangat. kat siapa lagi nak dicurah kalau bukan buat si dia. untuk memembe kau, mereka sudah dapat perhatian yang sepatutnya milik mereka.

kini giliran si dia.

berikan kepada si dia jika kau tak mahu mendapat F kerana tergolong dalam spesies-spesies itu


KASKAW!

8 comments:

Mashe said...

tapi, aku tak comel. macam mn nak dptkan dia? :p

Unamn said...

;) betul tu.. 2 pihak perlu give and take.. :)

IamJoonet said...

eh...nak baca senang..nak faham susah...cuba nak faham....:)

Primadona said...

best kalau dapat partner yang caring macam tu.Both kena give and take la baru adil.hee

the kaskaw said...

sms : hahaha.comel aku maksud tu bukanla muka comel, tapi perangai yang baik, memahami dan comel. ah taktaw nak describe. haha

una : yep. baru complete acuan

hazaika : wahahah. senang ja lah. SI DIA mewakili si wanita dan ENGKAU mewakili si lelakinya. =)

mdg : hehehe. ibarat dunia antum yang punyaa =)

Primadona said...

kalau macam tu aku start nak ccari sorglah.haha

the kaskaw said...

hihi. tak perlu kalut pun.. aku personally tak suka istilah couple.

Primadona said...

hang ni b sensitif sangatlah.Aku baru nak bawak gurau.haha..x kalut pun sbb aku pun blh berdiri atas kaki sendiri.haha