Oct 10, 2011

cara yakin diri #intro

salah satu masalah terbesar setiap remaja di dunia ialah TAK PUNYAI KEYAKINAN DIRI.

yeap, kerna golongan ini sedang dalam transition period daripada ketidakkisahankehidupan kanak-kanak kepada kesusahankepayahankehidupan seorang dewasa.

daripada hidup bahagia ketika kecil, remaja perlu mencari rentak diri yang kukuh bagi menghadapi cabaran besar dalam hidup bila sudah sampai umur nanti. yang lelaki akan selalu merasa dirinya loser serta tidak awesome manakala yang perempuan akan merasa payah untuk survive kerana tak punya pakej yang cantik.

ok, 1 soalan. buat lelaki, pernahkah anda minta no. telefon daripada mana-mana awek yang bilamana anda terpandang dan terasa macam ohh dia lah gadis yang aku suka?

aku rasa tak ramai yang berani.

buat wanita, pernahkah anda merasa diri anda tak lawa dan bakal solo selamanya bila dibandingkan hotstuff-hotstuff lain yang ada di sekeliling anda?

aku rasa ramai yang pernah.

memanglah kedua-dua soalan ini bukan indicator sebenar kepada keremajaan anda, tapi pernahkah anda terfikir kenapa kita selaku remaja, selalu saja merasa kita tidak bagus seperti orang lain dan hidup cuma dalam kalangan kawan-kawan kita saja. bila hidup cuma dalam kalangan kawan-kawan rapat, itu bukan hidup yang sebenar. bila anda merasa anda awesome dalam golongan kecil itu, anda bukan awesome.

kepayahannya terjadi bila anda perlu masuk, adapt, serta cuba menjadi seseorang dalam komuniti yang lebih besar. orang yang kita tak kenal dan mereka tak mengenali kita. contoh paling mudah, kawan kepada kawan anda. bagaimana begitu ramai sekali yang gagal ngam dengan kawan kepada kawan itu padahal mediumnya sudah tersedia buntang-buntang.

sememangnya semua remaja nak rasa hebat.
itu kita tak nafikan. lihatlah di alam maya anda, berapa ramai yang terkejar-kerjar nak jadi internet sensation. semua nak jadi awesome. para blogger mahu jadi blogger terkenal. youtuber mahu jadi artis dengan cara mudah. facebooker mahu segala pasal dirinya di-share orang ramai di facebook. si pemain tweeter mahu tweet-tweet mereka diberi perhatian bagai. alah mudahnya hidup kalau caranya begitu.....
mana kejujuran? mana kekuatan peribadi diri yang sebenar? mana kualiti-kualiti hidup yang mampat?

bukanlah aku mengata semua itu tak bagus. bagus juga. nanti bila orang ramai kenal kita, memang level keyakinan kita naik mencanak. tapi fikirlah, kita mahu tapak diri kita kuat. maksud aku, hidup yang sebenar. berhadapan dengan orang yang sebenar. situasi dalam hidup yang sebenar. keyakinan diri yang sebenar.


makanya, melalui siri post cara yakin diri yang bakal aku buat berdasar mata kepala, mata hati dan mata otak aku, aku akan cerita sedikit tips bagaimana hendak meningkatkan keyakinan diri kita menghadapi alam remaja yang kononnya perlu lah sangat segala keprihatinan orang lain nih. takpa, kita sama-sama menggali hingga the deepest hole dalam diri kita. supaya kita kenal siapa diri kita dan kita yakin dengan diri kita!

err, mungkin tips yang pertama ialah mengenai sifat funny =)

kaskaw!

8 comments:

IamJoonet said...

ehm......ako gagal nak bendung menatam ney time sekolah...ako loser jugak..kalah dgn diri sendiri..malu nok...xdaya nak cekau berani...tp bila dah ke NS,ipta...semua jadi mudah...xmudah jugak..cuba berlagak mudah...dan akhirnya mudah....hehe...

Primadona said...

Ok.Aku memang pernah merasakan bahawa aku tidak awesome dan pernah terfikir yang aku akan forever alone utk selamanya.Tapi tidak mengapa.Itu tak berapa penting bagi aku.Yang penting bagi aku yakin diri dan macam mana nak adapt dgn manusia-manusia real diluar sana. :)

the kaskaw said...

hzka : haha. tu lah, slalu dak skolah yang rasa benda ni. tapi bila zaman u, lain pulak rasanya. cuma aku rasa ada jugak yang mungkin stuck kot. semua orang pun pernah stuck.. =)

mdg : takdak masalah buat hang lah. hang manusia hebat. kekalkan yang baik2 =)

Mashe said...

aku masih belom cukup konfiden dengan diri sendiri. rasa kedil bila berhadapan ngan manusia yg gorges2 tuh

Primadona said...

Jangan terlampau memuji aku nub.Aku pun insan biasa.Bila jumpa kat dunia nyata hang akan tahu aku orangnya yang macam mana.Aku takut nak berhadapan dengan orang ramai.itu realitinya.Dalam blog memang la hang akan nampak aku terlebih mesra dan friendly tapi bukan dunia sebenar.Dunia sebenar aku loser kot.haish. Insya Allah aku cuba kekalkan yang baik2 dalam diri aku. :)

the kaskaw said...

sms : takpa2, benda boleh bikin baq hang. hehehe

mdg : yep itula maksud aku untuk post ni dan siri2 post yang lain. lagumana nak survive dalam dunia yang betoi. alam maya tu semua tak boleh jadi pengukur tahap diri sendiri

Primadona said...

haha.kita sama-sama cuba berhadapan dengan dunia sebenar.Tapi kalau nak diikutkan cabaran utk kita membesar dalam dunia sebenar amat payah berbanding org dulu2.kau setuju tak?

the kaskaw said...

nak dikira dulu dan sekarang, susah tu tetap ada. cuma caran susah tu jaa yang berlainan. susah budak sekarang sebab sekeliling sangat lain persekitaran tak sihat. susah zaman dulu susah dari segi peluang masing-masing untuk mengenal diri sendiri. contoh : kalu stuck lama-lama di kampung, tak kemana jugak kondisi diri dia..

dua-dua susah. tpi aku rasa sekarang lagi senang, cuma cabarannya lebih besaq...