Oct 12, 2011

cara yakin diri #diri sendiri

mulanya awal dulu aku terpikir nak cerita pasal sifat funny yang kita perlu guna untuk meningkatkan keyakinan diri.

namun kemudian terlintas di fikiran aku, lebih baik dimulakan dengan yang paling utama iaitu DIRI SENDIRI.

keseluruhan mengenai keyakinan diri sendiri bermula dengan bagaimana kita mengenal diri. kita ni siapa? bagaimana diri kita? habit kita apa? kesukaan kita apa? kebencian kita apa? kekuatan dan kelemahan kita bagaimana?

senang saja nak kenal diri sendiri ni. kita kena ambik tau. itu jaa. check lubang di kain pelikat kain batik  sendiri dahulu. rendah diri dengan orang, rasa kekurangan tu tolak tepi. ini basic yang paling penting perlu kita kuasai. anda memang perlu ambil tahu. kaji bagaimana diri kita. lihat juga reflect orang lain terhadap diri kita.
kebenarannya, kita tak punya keyakinan diri kerana kita tak percaya dengan diri sendiri dan takut dengan kekurangan yang dimiliki.

kita tak pandai memulakan percakapan dengan orang sebab malu, taktau apa nak cakap dan takut apa respons orang tentang kita.

aku bagi 1 tips paling mudah bila berhadapan dengan orang lain iaitu percaya pada badan kita. "aku berdiri ni siap dengan badan aku sendiri". "i got my balls with me". "i have my boobs stick to me". *maaf,contoh yang nakharun. jadi tak perlu takut-takut sangat. grab dulu kepercayaan terhadap diri sendiri, hal-hal lain insyaALLAH jadi mudah saja.

fenomena lainnya, remaja sibuk nak jadi macam orang lain. tengok orang tu macam hebat sikit, nak jadi macam dia. terus tinggalkan rasa sayang terhadap diri sendiri. itulah silapnya bila kita tak betul paham dan sayang diri kita.

nak orang lain senang dengan kita, kita senang dengan diri sendiri dulu.
nak orang lain sayang dengan kita, kita sayang dengan diri sendiri dulu.
nak orang yakin dengan diri kita, kita yakin dengan diri sendiri dulu.

memang ada masanya kita akan down, dissapointed dengan diri sendiri. tapi kalau sayang kita kuat, kita takkan susah nak bangun balik.
failure and rejection are part of life, not part of you

dan setelah kita kenal siapa kita, barulah nantinya boleh ditambah dengan skill-skill lain untuk menjadi seorang manusia

kaskaw!

6 comments:

IamJoonet said...

herm..kalau kita sendiri xpercaya dgn diri kita sendiri ..cana nak yakinkan org pasal diri kita...dah tentu2 org xyakin dgn kita...hahha...ako jugak dulu selalu down dgn hidup ako..persoal...napa ako cani..xcetu...herm....pening...

Mashe said...

ye.. aku stuju sgt... kdg2 rasa down sgt2... tapi, sebenarnya, kita adalah yg terbaik. kadang2 kita perlu compare diri kita dengan yg terbaik supaya kita lebih terbaik. tp kadang2 kita perlu compare dengan yg lemah dr kita, supaya kita tau erti syukur pd diri sendiri.

Primadona said...

seriously sampai sekarang aku tak tahu apa kekuatan aku.Kekuatan menghafal nama 10 orang yg baru dikenali dalam masa 5 minit tuu je kot.haha

Terkena dekat batang hidung sendiri post yang ni aku rasa.Aku pun dulu pernah kecewa dgn diri aku pasal apa yang aku target tak sampai.By then amik masa jugak nak pulih bila Puan mama bagi tau apa kekuatan aku berbanding anak-anak dia yang lain.Aku boleh dikatakn black ship in the family.Memang lain dari yang lainlah.

Anonymous said...

aku kadang-kadang tak yakin pada diri sebab confidence level aku kurang,tapi still gagah konon-konon positive kan diri.buang negative jauh2

the kaskaw said...

hzka : krisis ni aku rasa semua akan lalui. perang dengan diri sendiri. takdak yang kalah, takdak yang menang. perngakhirannya dua-dua jadi kuat


sms : yeap. self-esteem ni sgt kuat pengaruh dia. macammana minda dan kepercayaan yang kuat boleh lawan fizikal yang asyik-asyik dok kata tidak...

mdg : kekuatan tu kena gali dan gali. ada, mesti ada punya, tapi susah nak dapat cam kan.. eheh, samalah. ibu aku slalu jugak jadi reflect kepada diri aku. walopon kadanga2 ayat jaa nak sedapkan hati. hehe

eton : hehe. dari yang aku tgok d blog, benda tu makin lama makin meningkat. hope kat dunia sbenaq lebih baik la naa =)

Primadona said...

insan yang bernama puan mama ni mana suka tengok anak sendiri mudah mengalah.Memang peranan dia la nak pujuk kitakan.Betul tu mmg susah nak cam potensi dalam diri.Aku suka buat benda baru tapi tak lama sebab aku jenis cepat bosan dgn sesuatu perkara.haha