amaran buat hangpa yang kakibuku, post aku ni mungkin akan menimbulkan perasaan cemburu dan marah kerana dengan poyonya aku mau bercerita pasai BigBadWolf the largest booksale in the world ni. hehe.
memang 155.5 peratus best lah menatang wolf ni! bayangkan, buku-buku yang biasa kita beli dengan harga 30,50,70 atau mungkin beratus ringgit, kat sana hangpa boleh dapat dengan harga 5 takpun 8 ringgit ja. aku mula-mula tak percaya jugak. tapi bila dah langkah masuk dan kemudian tengok dengan mata kepalahatilutut sendiri, teroiyh depan orang ramai tu aku ternganga.
bestseller yang biasa orang beratur nak beli, encik wolf selamba jaa letak atas meja susun meninggi pastu beribu tangan manusia menggapai dan masukkan dalam kotak. kotak tu penting beb. mana larat buku banyak-banyak nak kepit kat ketiak jaa. pilih, kasi masuk dalam kotak kendian jalan lagi pilih pilih pilih sampai lebam.
semalam saja 2 kali aku pi. tengahari dengan malam. alhamdulillah setakat ni, baru 100 ringgit abes untuk sekotak buku. tapi buku yang dijuai semua buku bahasa penjajah la. tak kisah la. mana lagi nak dapat ilmu, imaji, feeling, stim, keseronokan dan keghairahan membaca an. semua buku bagus bagus dan feymes feymes boleh kita beli.
orang selalu berpendapat, pembaca buku ni poyo jaa lebih, bajet, takdak life dan takdak guna. baik baca buku yang kena study untuk exam. kemon lah, hidup bukan semata exam. baca buku la baru ada life. life yang klita create sendiri antara sebuah badan kita dan sebiji buku. biar orang tak paham, asalkan kita rasa syiok gila gaban.
aku ada tulis dulu di bbsb, post tajuknya Buku dalam Kenangan. tapi rasanya tak semua orang dapat feeling seperti yang aku bayangkan. masyarakat kita masih junub pemikirannya dalam hal membaca. seperti tadi, waktu aku pi, majoriti pengunjung ialah orang cina. melayu ada juga. ramai juga. tapi bila ada kapel-kapel yang kononnya membeli buku, duk bersenda gurau cuit mencuit cucuk mencucuk. kemain rapat berpeluk kononnya tolong pilih buku. sekali kat pintu keluaq apa pun takdak beli...ahh! kat mana-mana pun jadi maksiat ni....
tapi aku lebih gemar berpositif sahaja, aku mengagak bahawa ada kemungkinan satu hari nanti budaya membaca bakal jadi budaya kita.orang melayu pun ada juga memborong sakan. tak gunalah aku discriminating lebih-lebih, baik tumpu buku apa nak beli kan.
mungkin nanti boleh aku cerita pasai buku-buku yang dah dibeli. mana tau ada yang hangpa suka. boleh kita share-share sama. dan kalau dah merah mata dan telinga aku tulis panjang ni, mohla kita pi sendiri ke maeps nun, balakang upm saja. aku jamin anda kompem puas! ada seminggu lagi sebelum encik badwolf terbang ke negara lain pulak. aku pun belum puas lagi. harhar
books books books yang memangnya KASKAW!!

7 comments:
Hang pun hantu buku jugak naa.Aku rasa blogger-blogger ni memang jenis kaki hantu buku la.Aku pun dah lama tak usha buku baru. :)
hehehe. nak buat blog, perlu rajin baca. itu saja dah jadi bukti kan.. =)
ilmu oqg yang suka membaca xsma macam dgn oqg yg xsuka bca...ako time exm bqu kalut...highlite qata...haha
hahaha.aku pemalas baca buku belajaq. aduiii..masalahhhh
Ada jugak blogger x minat baca internet tapi baca majalah hiburan.Kalau aku cakap blogger yg kurang membaca tu suka copy paste article org,hang setuju tak? :)
hehe. setuju jgak. passion stiap orang yang blogging tu beza2. tpi memang aku sgtlah tak minat yang passion nya kerja ngopi2 saja..
haha.ada certain tak kisah pun kalau entrinya nya di copy paste ni.Tapi biasalah bila fikir balik kita penat perah idea sedap je org ngopi.haha
Post a Comment