Oct 24, 2011

One plus plus plus

aku terfikir mengenai satu pernyataan..

 "bila kau suka seorang gadis, kau bukan saja perlu suka padanya malah kawan-kawannya sekali. bila kau nak seorang gadis tu sukakan kau, kau kena buat kawan-kawannya sukakan kau sekali"

sekali baca, majoriti otak lelaki akan fikir

ahh. apa kena mengena?
aku tak suruh pun dia suka kawan-kawan aku, awat aku kena suka kawan-kawan dia?
ini ketidak adilan
peduli apa aku? dapat dia sudahlah. itu jaa yang aku nak


biasalah, siapa saja yang suka disusahkan sedangkan benda sedemikian tak patut menjadi kesusahan pun buat diri masing-masing. si gadis itu yang disuka, kawan-kawan sibuk pasaipa ya dak?

tapi ketahuilah nature bahawa  ramai gadis yang mengamalkan gaya persahabatan secara berkumpulan. mungkin 3-4 orang, 5-6 atau lebih ramai lagi. dan ketahuilah jua bahawa gaya persahabatan berkumpulan depa itu sangatlah berbeza daripada lelaki. lelaki takkan cerita semua kepada mememba.
tapi girls sama sekali berlainan. mereka share semuanya.

dari detik pertama seorang lelaki itu memasuki hatinya, dia sudah bunga-bungakan perasaannya kepada kawan-kawan. kawan-kawannya apa lagi, segera menjalankan tugas penyiasat berkumpulan secara sukarela dan menjadi pengaruh besar terhadap keputusan yang bakal diputuskannya..

lelaki berkenaan akan diperhatikan segenap sudut. pakainya, perangainya, pergaulannya, kawan-kawannya dan sudah tentu kehidupan alam mayanya. secara disedari ataupun tidak, mereka ini sudah officially menjadi juri tukang pemberi markah kepada lelaki berkenaan.


adakah patut lelaki memberontak, buat tak endah saja atau mengencing "penghakiman kawan-kawan" nih?

bagi aku, aku akan kata jangan. jadilah diri anda seperti biasa. follow saja flow yang dicipta sekumpulan kawan rapat kepada gadis yang didambakan tu.

kenapa sedemikian?

1) hang memang tak boleh lari daripada dinilai. oleh siapa-siapa saja. itu lumrah kehidupan.

2) kalau hang berpura buat baik demi mengencing mememba dia, nanti bila dia perasan hang dah kencing...hang akan kehilangan dia

3) dengan tidak memberontak dan memarahi perbuatan kawan-kawannya tu, bermakna hang sudah menguatkan rasa suka dalam diri hang terhadap dia. dan rasa suka dia terhadap hang.

4) dengan mengenali kawan-kawannya, hang lebih kenal bagaimana sifat sebenar gadis yang hang damba tu. betul dia yang patut hang suka atau hang sudah tersalah suka pada gadis yang tak sepatutnya

5) kawan-kawannya itu bukanlah haters yang akan membenci hang. depa cuma mencuba menjadi sekumpulan kawan yang sangat sayangkan kawan.

6) sekali hang lepas "penghakiman kawan-kawan", samalah macam hang dah lepas test JPJ. bila dapat lesen P hang tu, gunalah baik-baik kalau tak nanti kena tarik balik. ehehe

7) ini memang latihan yang baik bagi menghadapi hakim yang lebih besar kelak yakni ibu bapanya dan ALLAH s.w.t.  we can't cheat ALLAH beb. try ur hardest, u just can't.



usahlah dikalutkan perkara yang sebenarnya menguntungkan, kelak nanti kau jadi orang yang dibutakan percintaan


berkapel tu nakharun mendosakan, tapi percintaan yang halal itu salah satu cara hang mencari keredhaan

Oct 21, 2011

cungkiy keluaq taik telinga #1

sangat teringin nak share lagu lagan halwa telinga yang boleh membuatkan kilo-kilo taik telinga kita terkeluaq secara semulajadinya harini dengan hangpa... almaklumlah kadang-kadang masalah membelunggu diri sampai lupa nak beramah mesra dengan telinga sendiri.

tapi apakan daya, rasa sakit masih belum sepenuhnya hilang. otak merajuk dengan muscle-muscle yang asyik saja sakit. otak pun malas nak bekerja bilamana muscle, urat, saraf, tendon, joint dan segala macam lagi komponen dalam badan mintak cuti beberapa hari.

-tak beberapa hari sangat rah, dah 2 minggu berturutan mereka bercuti akibat empunya diri asyik saja sakit....


tapi boleh saja di-share serba serbi lagu lagu berbin dan berbintikan .mp3 yang dilayan walau cuma sedikit.

80% lagu yang didengar ketika ini ialah daripada soundtrack Diary of a Wimpy Kid 1 & 2. aku cadangkan anda tengoklah, bercerialah, dan belajarlah serba-serbi kebaikan disebalik jenaka hiburan filem itu. tenang saja jiwa. InsyaALLAH.

ini aku listkan sedikit.. bosan-bosan bolehlah di search di youtube dan kalau berjaya mencungkiy taik telinga ampa, apa salahnya download di 4shared ka. nanti boleh kita sama-sama sing along ka.. time tengah berak dalam toilet ka.. biaq pun kita bukan di toilet sebelah-menyebelah. =)


what do you want from me - forever the sickest kids
danger! danger! high voltage - electric six
never miss a beat - kaiser chiefs
loded diper - exploded diper
memory - barbara streisand
intergalactic - beastie boys

ada banyak lagi, lupa pulak yang lebih-lebih. hmmm lelaki, folder di laptop bersepah. bila nak cari mula la dah payah...

kaskaw!

Oct 20, 2011

mengatasi kebencian

nyampah la dengan ko
aku pun nyampah dengan ko

meluat tengok muka ko
aku laaaagi meluat dengan ko

malas ah layan ko
ala, malas-malas pun layan jugak kaaannn...


aku benci ko
say what?? seriuslyyy?? uhuk uhuk....=(




begitulah horror sekali perkataan benci. meluat,menyampah,malas layan takkan menjadi sebegitu horror sebagaimana benci. sekali sudah benci, sampai bila-bila pun benci tu takkan habis. biar dah berdamai atau sudah berbaik-baik, rasa benci mesti ada tertinggal walau sekelumit. sekali sudah benci, ada kemungkinan benci tu akan datang balik.

aku sendiri pada mulanya tak pernah pandang tinggi pada perkataan benci. aku fikir, kalau orang bencikan aku, perkataan itu main-main saja. tapi nyata sekali salah. biarlah seseorang itu ada 1001 perasaan negatif pun terhadap kita, tapi jangan biarkan benci termasuk di dalamnya.

setiap manusia ada kebenciannya sendiri dan ada yang dibencikan terhadapnya. bermula dari bencilah perasaan tak suka akan timbul, kemudian perbalahan dan diakhiri dengan perseteruan sesama manusia.

ada 3 reaksi akan timbul bila seseorang bencikan kita :

1) benci terang terangan
ini jenis kebencian yang akan ditunjuk secara jelas. segala perbuatan dia akan menampakkan tujuan hatinya yang betul-betul bencikan kita. marah direct. itu yang selalu dilakukan. "eyh, sekali aku benci hang, sampai bila-bila aku benci hang tau dak?"

2) benci belakang-belakang
jenis kebencian ini akan menjadikan seorang manusia mengumpat, mengutuk, cerita belakang terhadap orang yang dibencinya. dia tak beritahu kita secara jelas. tapi diberitahu kepada orang lain dengan harapan dapatlah melunaskan kebencian yang terpendam.

3) benci sembunyi tayang
ini yang aku rasakan banyak diamalkan oleh manusia sekarang. benci tapi berperangai seolahnya tidak. dia tetap layan kita macam biasa, berhubungan seperti biasa, tapi dalam kebiasaan itu ada penuh kebencian yang  membuatkan orang yang dibenci terus sahaja percaya terhadapnya. mungkin ada kalanya sinis, tapi takkan dapat dibongkarkan.


kalau aku, aku takut dengan ketiga-tiga jenis benci di atas ni. pernah anda tertanya sendiri dalam fikiran anda.."kenapa perlu ada benci?"..

tak semua akan bertanya soalan demikian. lebih parah, benci terhadap orang lain sudah menjadi lumrah dalam hati. asal boleh, semua nak dibencikan.


bila mengetahui ada orang bencikan kita, 2 tindakan utama manusia ialah buat bodoh malas layan atau turut sama berperang membalas kebencian. aku lebih gemar berbuat tindakan yang ke-3 iaitu menggali asal-usul dan sebab-musabab kebencian itu timbul.

biar orang tak biasa buat tapi kita buat. kita atasi kebencian. 

usah terlalu mudah melatah bila dibenci orang. usah dibalas kebencian dengan kebencian. elakkan perseteruan. kita cari sebab kenapa kita dibenci. kita rendahkan ego dan kemarahan kita untuk menyelami apa yang dibencikan sangat tu. jika benar salah kita, kita perbetulkan. jika salah orang lain, kita jangan sembunyikan.

aku percaya setiap masalah perselisihan boleh selesai dengan luahan rasa yang jujur dan ikhlas


kita tak dilahirkan dengan kain yang bercorak kebencian. kita tak dilahirkan dengan ciuman ibu berserta pesanan "besaq nanti benci-bencilah kat orang ya nak". kita tak dibesarkan dengan diberi bacaan bersifat mencari kebencian. kita tak ditadikakan dengan belajar subjek Mari Membenci Orang.

dari segi logiknya, siapa jaa yang mau menyimpan perasaan negatif terhadap manusia lain? kecualilah orang itu memang tak suka hidup yang aman. dia lebih suka hidupnya bercanggah dengan kebahagiaan. bagi orang begitu, mungkin benci adalah makanan hidupnya.




tapi kita bukan orang yang macam tu kan............?


haa, bukan?


ah mencik ngan hangpa!  haha =)

Oct 18, 2011

sekecik binatang menumbangkan seorang manusia

mungkin sebesar kuku jari ibu, mungkin sebesar separuh kepala lutut, mungkin cuma sebesar sebiji gigi geraham manusia saiznya..

sekecil-kecil dia dibanding dengan sebuah badan cilik seorang manusia seperti aku, ternyata dia jauh lebih hebat

memang aku tak tahu si kecil itu apa dia. mungkin lebah,tebuan,ulat,penyengat dan serangga sefamilia dengannya..

satu gigitan tepat di hujung spinal cord aku sudah cukup buat kesannya jadi sangat menyadiskan.


sepuluh minit selepas gigitan(sempat jugak sebat rokok), gatal-gatal mula mendatang..aku segera pulang ke rumah..bintik-bintik gatal makin bertambah..muka aku mula berubah..terasa bengkak,pedih,perit,panas, seluruh badan..sempat aku pandang ke cermin..langsung takdapat lihat rupa lagi dah..bengkak di keliling mata terus menutup pandangan..

macam-macam teori keluar dari buah fikiran manusia-manusia di rumah. gegata lah,cengkenit lah,tebuan tanahlah.. aku sudah tak dapat fikir siapa gerangan si kecil itu. badanku yang lebih aku risaukan. diberi cadangan oleh mereka, taruklah kapur digosok dengan daun sirih di tempat bengkak menonjol. masalahnya pula, keseluruhan badan aku dah ditumbuhi bonggolan-bonggolan kesakitan.


apa lagi, terus ke klinik kesihatan kampung. almaklum kejadian berlaku di kawasan kampung jauh terpendam dari kecanggihan hospital kota. sewaktu melangkah nak menjejaki klinik, keadaan aku memang dah kronik. berjaya juga aku jumpa pintu kliniknya. menonong saja masuk tak fikir apa-apa. aku memang dah tak nampak apa-apa. cuma di mata yang terpancar ialah keputihan yang sangat terang. sungguh aku tak pernah merasa melihat cahaya putih seterang sedimikian. rawatan segera!rawatan segera! itu yang mampu aku jeritkan dalam hati.

disuruh aku baring di atas katil oleh MA(medical assistant). aku menggagau mencari katil. kepala memang weng habis...makin longlai makin longlai............tupp!!.......

tumbang jua aku akhirnya. pengsan. buka mata saja terlihat wayar penuh sekeliling badan. di tangan kanan tube memasukkan air. di tangan kiri pulse reader dan pembaca tekanan darah. nurse mengetip hujung jari mengambil sampel darah. 2-3 minit, setitik pun tak keluar. ditekannya lagi kuat-kuat, alhamdulillah dapat setitik kecil. di lubang hidung, tube oksigen memenuhi ruang. terlihat kawanku di sebelah cuba bertanya soalan yang langsung aku tak dengar...

beberapa saat kemudian, disalurkan air garam dan apa benda lagi tah ke badan aku. mata sudah boleh dibukak sedikit celik. MA bertanya,

awak dah makan pagi tadi?
sudah bang.
makan apa?
bihun goreng.
awak kurang gula. 2.1. teruk sangat ni. bukak mulut, minum air gula ni slow-slow...

30 minit kemudian aku dah boleh melihat dengan jelas. syukur. tak pernah aku dimasukkan ke wad. lagikan pula emergency. tak pernah aku pitam. inikan pula tumbang tak sedar apa-apa.

macam-macam sebab aku tumbang hari tu. darah rendah.kurang gula.kurang garam.kurang makan.bisa dalam badan terlalu banyak. kata MA, sebabnya sebelum2 ini bila digigit binatang, aku tak pernah pi ke hospital. racun-racun yang apatah namanya sudah maksimum dalam badan. kena tibai sekali ni dengan si kecik, tang spinal cord pulak tu...memang habeh la tumbang...

aku syukur setelah aku tumbang, aku masih mampu membuka mata melihat dunia. kawan di sisi. nurse-nurse menjaga sekeliling dengan baik. MA yang tak habis saja berleter.. betullah watak yang dibikin mamat khalid dalam kak limah nya.."bala...bala"... memang begitu sikit perangai MA-MA ni..

setelah 2 jam kemudian. aku dibenar keluar. alhamdulillah. kalau blood pressure tak naik, jawabnya 3 hari 2 malam di hospital besar. arghh masalah......

betul aku tak kelentong. sakitnya memang bukan kepalang. peringatan buat diri sendiri. bila-bila masa saja ALLAH boleh pisahkan badan dan roh aku ini. mungkin bukan kali ni. tapi sakitnya kali ini, aku yakin cuma secubit daripada azab kematian.



*kejadian berlaku di Kg. Kuala Atok, Pahang. sebenarnya hari sebelum tu aku menemani rumateku ke kampung beliau kerana opahnya meninggal. mana nak tahu, aku juga merasa baring beberapa jam mengadap azab sakit di klinik. mati boleh jadi di mana-mana,bila-bila masa tak kira apa jua sebabnya. takguna kau khatam semua cerita final destination kerana nak mengelak mati. semua akan mati. kalau kau buat taik atas dunia ni, rasalah azab menghadapi mati nanti. aku yang kena macam ni pun dah ngeri nak ingat kembali....


-al fatihah buat hajah esah binti hamzah. semoga roh opah dicucuri rahmat di alam sana..

Oct 14, 2011

nikmat sihat, bukan semua orang dapat

aku bukanlah antara orang yang selalu sakit. fizikal dan mental.
badan ni alhamdulillah masih mampu berdiri tegak
kaki masih kuat menanggung hempakan badan ke tanah seberat 10 kali ganda jisim sebenar diri
tangan masih mampu diputar kedepan kebelakang, dikendur tegang, dikawal otak untuk membuat kerja-kerja keperluan.

walau tak besar tak gagah seperti the rock, tak tinggi tak galah seperti liu xiang, aku syukur masih punya jasad untuk ditumpangi roh yang adakalanya pincang

tapi nikmat sihat bukan semua orang dapat....

yang diberi nikmat, selalu saja tak ingat. syukur kau mana? hidup tahu nak sedap saja

seminggu lepas, mungkin nikmat sihat yang diberi kepada aku selama ini sedikit berkurangan. ALLAH tahu yang terbaik buat hamba-Nya. sihat dan sakit, Dia yang tentukan.

demam panas berpanjangan, perut meragam mungkin kerna salah makan. muntah muntah berselang seli. rokok yang selama ini buat aku sedap terus aku tak lalu nak hadap. itulah sedikit ketidaksyukuran aku..seksa diri sendiri kala Allah bagi nikmat sihat.

aku tak pernah kena sakit seteruk seminggu lepas. entah apa orang panggil tu, food poisoning katanya. tambah pulak dengan demam, muntah,pening,penat. tak mampu bangun mengadap dunia luar. yang aku nampak cuma kipas berpusing dan pintu bilik yang kadang kadang ditutup tarik.

memembe datang melawat, ini ayat mereka...

"haa kalian, inilah simptom-simptom penyakit hiv"


"oii jauh jauh, malaria!"


"ni tak lain tak bukan chikungunya"


"beware hari jumaat wey...."


ah kawan-kawan. biasalah. aku sakit depa gelakkan. depa sakit aku sayang-sayangkan. heh. terima kasih rakan perjuangan si rummate.. setia menolong menjaga. agak-agak bosan tengok aku derita, dibebel saja. dibakar rokok harvest sekali dua, bikin aku trauma minda.

kita memang selalu lalai. difikirkan sihat tu akan bersama sentiasa kita.

tapi yang nyata, nikmat sihat bukan semua orang dapat.

syukur

Oct 12, 2011

cara yakin diri #diri sendiri

mulanya awal dulu aku terpikir nak cerita pasal sifat funny yang kita perlu guna untuk meningkatkan keyakinan diri.

namun kemudian terlintas di fikiran aku, lebih baik dimulakan dengan yang paling utama iaitu DIRI SENDIRI.

keseluruhan mengenai keyakinan diri sendiri bermula dengan bagaimana kita mengenal diri. kita ni siapa? bagaimana diri kita? habit kita apa? kesukaan kita apa? kebencian kita apa? kekuatan dan kelemahan kita bagaimana?

senang saja nak kenal diri sendiri ni. kita kena ambik tau. itu jaa. check lubang di kain pelikat kain batik  sendiri dahulu. rendah diri dengan orang, rasa kekurangan tu tolak tepi. ini basic yang paling penting perlu kita kuasai. anda memang perlu ambil tahu. kaji bagaimana diri kita. lihat juga reflect orang lain terhadap diri kita.
kebenarannya, kita tak punya keyakinan diri kerana kita tak percaya dengan diri sendiri dan takut dengan kekurangan yang dimiliki.

kita tak pandai memulakan percakapan dengan orang sebab malu, taktau apa nak cakap dan takut apa respons orang tentang kita.

aku bagi 1 tips paling mudah bila berhadapan dengan orang lain iaitu percaya pada badan kita. "aku berdiri ni siap dengan badan aku sendiri". "i got my balls with me". "i have my boobs stick to me". *maaf,contoh yang nakharun. jadi tak perlu takut-takut sangat. grab dulu kepercayaan terhadap diri sendiri, hal-hal lain insyaALLAH jadi mudah saja.

fenomena lainnya, remaja sibuk nak jadi macam orang lain. tengok orang tu macam hebat sikit, nak jadi macam dia. terus tinggalkan rasa sayang terhadap diri sendiri. itulah silapnya bila kita tak betul paham dan sayang diri kita.

nak orang lain senang dengan kita, kita senang dengan diri sendiri dulu.
nak orang lain sayang dengan kita, kita sayang dengan diri sendiri dulu.
nak orang yakin dengan diri kita, kita yakin dengan diri sendiri dulu.

memang ada masanya kita akan down, dissapointed dengan diri sendiri. tapi kalau sayang kita kuat, kita takkan susah nak bangun balik.
failure and rejection are part of life, not part of you

dan setelah kita kenal siapa kita, barulah nantinya boleh ditambah dengan skill-skill lain untuk menjadi seorang manusia

kaskaw!

Oct 11, 2011

misi dan emosi

lebih kurang 3 jam dari saat ini, aku perlu laksana satu misi. menyerbu bigbadwolf sekali lagi. buat ke-empat kalinya. kali ini sangat perlu. kerna hajat di hati mau membeli bacaan sesuai sebagai hadiah konvo sistah tercinta ahad nanti. dan jugak kerana ura-ura buku menimbun tinggi bukit makin menipis setiap detik.

ah kamonlah mr badwolf, apa pasai tak topap buku-buku tu? haish

bakal mahasiswi yang graduat dari utp. bukan calang orang perempuan seorang ni. sejak dari kecil, kamus hidupnya memang penuh dengan perkataan kejayaan. malah aku selalu berlumba agar dapat melebihi dia. ahad nanti detik dia melangkah satu level lagi dalam kehidupan, menggenggam segulung ijazah yang mana 22 tahun sudah didambakan.

cadangnya aku akan cuba mencari buku yang boleh meng-inspirasikan beliau mengadap cabaran mendatang. mungkin cara menangani kerenah bos, mengurus gaji pertama, mengurus hal kawan kerja atau susah-susah sangat buku pasal perkahwinan saja. haha. ah, tunggu sajalah 3 jam akan datang nanti, aku akan cuba memikirkan buku yang paling kena dengan sifat beliau.

bercakap tentang sifat. salah satu sifat terbesar dalam diri beliau ialah beremosi. hang memang kuat emosi hang tau dak? aku yakin habis selesai konvo nanti kompom beliau akan teriak. hahaha. 150% keyakinan aku. entah dari mana datang DNA sifat berkenaan. kedua ibu dan ayah aku begitu payah beremosi. kami adik-beradik yang lain lagilah..jarang sekali. kami kuat membahan sama sendiri adalah. kemudian gelak-gelak saja tak pernah melekat di hati.

apa-apa pun, emosi kau lah yang penting buat kami. selaku sulung, ada masa memang perlu kau emosi untuk kau menggalas tugas anak yang pertama. jangan risau. aku anak kedua tapi aku takkan sesekali buat bodo macam tu jaa. we're tag team beb. insyaALLAH elok2 belaka.


ahh usah dipandang tipis hal emosi. semua orang akan kena tempiasnya derita emosi. aku pun sekali. perang dengan emosi jauh lagi hebat dari perang berebut naik bas di zaman 1st sem..jauh lagi hebat dari perang memembe aku berebut nak dapat port best nak tengok tv di bilik aku ni..jauh dari hebat dari kami ramai-ramai berebut tandas paling hujung bila kena cirit-birit...

semua orang ada emosi tersendiri. aku jenis yang hanya pandai simpan dalam hati. mungkin laa ni nak try belajaq berkongsi.... =)

Kaskaw!

Oct 10, 2011

cara yakin diri #intro

salah satu masalah terbesar setiap remaja di dunia ialah TAK PUNYAI KEYAKINAN DIRI.

yeap, kerna golongan ini sedang dalam transition period daripada ketidakkisahankehidupan kanak-kanak kepada kesusahankepayahankehidupan seorang dewasa.

daripada hidup bahagia ketika kecil, remaja perlu mencari rentak diri yang kukuh bagi menghadapi cabaran besar dalam hidup bila sudah sampai umur nanti. yang lelaki akan selalu merasa dirinya loser serta tidak awesome manakala yang perempuan akan merasa payah untuk survive kerana tak punya pakej yang cantik.

ok, 1 soalan. buat lelaki, pernahkah anda minta no. telefon daripada mana-mana awek yang bilamana anda terpandang dan terasa macam ohh dia lah gadis yang aku suka?

aku rasa tak ramai yang berani.

buat wanita, pernahkah anda merasa diri anda tak lawa dan bakal solo selamanya bila dibandingkan hotstuff-hotstuff lain yang ada di sekeliling anda?

aku rasa ramai yang pernah.

memanglah kedua-dua soalan ini bukan indicator sebenar kepada keremajaan anda, tapi pernahkah anda terfikir kenapa kita selaku remaja, selalu saja merasa kita tidak bagus seperti orang lain dan hidup cuma dalam kalangan kawan-kawan kita saja. bila hidup cuma dalam kalangan kawan-kawan rapat, itu bukan hidup yang sebenar. bila anda merasa anda awesome dalam golongan kecil itu, anda bukan awesome.

kepayahannya terjadi bila anda perlu masuk, adapt, serta cuba menjadi seseorang dalam komuniti yang lebih besar. orang yang kita tak kenal dan mereka tak mengenali kita. contoh paling mudah, kawan kepada kawan anda. bagaimana begitu ramai sekali yang gagal ngam dengan kawan kepada kawan itu padahal mediumnya sudah tersedia buntang-buntang.

sememangnya semua remaja nak rasa hebat.
itu kita tak nafikan. lihatlah di alam maya anda, berapa ramai yang terkejar-kerjar nak jadi internet sensation. semua nak jadi awesome. para blogger mahu jadi blogger terkenal. youtuber mahu jadi artis dengan cara mudah. facebooker mahu segala pasal dirinya di-share orang ramai di facebook. si pemain tweeter mahu tweet-tweet mereka diberi perhatian bagai. alah mudahnya hidup kalau caranya begitu.....
mana kejujuran? mana kekuatan peribadi diri yang sebenar? mana kualiti-kualiti hidup yang mampat?

bukanlah aku mengata semua itu tak bagus. bagus juga. nanti bila orang ramai kenal kita, memang level keyakinan kita naik mencanak. tapi fikirlah, kita mahu tapak diri kita kuat. maksud aku, hidup yang sebenar. berhadapan dengan orang yang sebenar. situasi dalam hidup yang sebenar. keyakinan diri yang sebenar.


makanya, melalui siri post cara yakin diri yang bakal aku buat berdasar mata kepala, mata hati dan mata otak aku, aku akan cerita sedikit tips bagaimana hendak meningkatkan keyakinan diri kita menghadapi alam remaja yang kononnya perlu lah sangat segala keprihatinan orang lain nih. takpa, kita sama-sama menggali hingga the deepest hole dalam diri kita. supaya kita kenal siapa diri kita dan kita yakin dengan diri kita!

err, mungkin tips yang pertama ialah mengenai sifat funny =)

kaskaw!

Oct 9, 2011

books books books


amaran buat hangpa yang kakibuku, post aku ni mungkin akan menimbulkan perasaan cemburu dan marah kerana dengan poyonya aku mau bercerita pasai BigBadWolf the largest booksale in the world ni. hehe. 

memang 155.5 peratus best lah menatang wolf ni! bayangkan, buku-buku yang biasa kita beli dengan harga 30,50,70 atau mungkin beratus ringgit, kat sana hangpa boleh dapat dengan harga 5 takpun 8 ringgit ja. aku mula-mula tak percaya jugak. tapi bila dah langkah masuk dan kemudian tengok dengan mata kepalahatilutut sendiri, teroiyh depan orang ramai tu aku ternganga.

bestseller yang biasa orang beratur nak beli, encik wolf selamba jaa letak atas meja susun meninggi pastu beribu tangan manusia menggapai dan masukkan dalam kotak. kotak tu penting beb. mana larat buku banyak-banyak nak kepit kat ketiak jaa. pilih, kasi masuk dalam kotak kendian jalan lagi pilih pilih pilih sampai lebam.

semalam saja 2 kali aku pi. tengahari dengan malam. alhamdulillah setakat ni, baru 100 ringgit abes untuk sekotak buku. tapi buku yang dijuai semua buku bahasa penjajah la. tak kisah la. mana lagi nak dapat ilmu, imaji, feeling, stim, keseronokan dan keghairahan membaca an. semua buku bagus bagus dan feymes feymes boleh kita beli. 


orang selalu berpendapat, pembaca buku ni poyo jaa lebih, bajet, takdak life dan takdak guna. baik baca buku yang kena study untuk exam. kemon lah, hidup bukan semata exam. baca buku la baru ada life. life yang klita create sendiri antara sebuah badan kita dan sebiji buku. biar orang tak paham, asalkan kita rasa syiok gila gaban.

aku ada tulis dulu di bbsb, post tajuknya Buku dalam Kenangan. tapi rasanya tak semua orang dapat feeling seperti yang aku bayangkan. masyarakat kita masih junub pemikirannya dalam hal membaca. seperti tadi, waktu aku pi, majoriti pengunjung ialah orang cina. melayu ada juga. ramai juga. tapi bila ada kapel-kapel yang kononnya membeli buku, duk bersenda gurau cuit mencuit cucuk mencucuk. kemain rapat berpeluk kononnya tolong pilih buku. sekali kat pintu keluaq apa pun takdak beli...ahh! kat mana-mana pun jadi maksiat ni.... 

tapi aku lebih gemar berpositif sahaja, aku mengagak bahawa ada kemungkinan satu hari nanti budaya membaca bakal jadi budaya kita.orang melayu pun ada juga memborong sakan. tak gunalah aku discriminating lebih-lebih, baik tumpu buku apa nak beli kan.


mungkin nanti boleh aku cerita pasai buku-buku yang dah dibeli. mana tau ada yang hangpa suka. boleh kita share-share sama. dan kalau dah merah mata dan telinga aku tulis panjang ni, mohla kita pi sendiri ke maeps nun, balakang upm saja. aku jamin anda kompem puas! ada seminggu lagi sebelum encik badwolf terbang ke negara lain pulak. aku pun belum puas lagi. harhar

books books books yang memangnya KASKAW!!

Oct 8, 2011

F untuk spesies ini

iya si dia memang baik. selalu orang memperkata bahawa susah nak dapat gadis baik sebegitu. tapi andaian orang bukan semuanya tepat. mungkin kerana keterkinjaan wanita-wanita alaf sekarang, pandangan sebegitu timbul. namun dalam kebrobokan kehuru-haraan sekeliling, ternyata hadirnya si dia membuktikan ramai orang telah salah.

dan lebih magisnya, ada lelaki yang bertuah mendapat seseorang seperti si dia.

hatinya baik, perangainya baik. pergaulannya terjaga dengan lelaki-lelaki lain. rakan-rakannya juga orang baik-baik.


bila kau sakit, dijaganya engkau dengan baik. dia tahu kau sakit, dia tak minta berjumpa tergesa-gesa. dia tak merajuk bila kau tak sempat melayan dia. gadis lain biasanya sewaktu kita sakit itulah dia nak berjumpa, nak itu nak ini. sudahlah kita tengah sakit. dibuat perangai pulak. tapi si dia berbeza. cukup dengan satu dua panggilan telefon dia kepada engkau bertanya khabar berpesan makan ubat.  ibarat seorang anak teruna yang dijaga oleh ibunya dengan penuh sayang. terasa mau cepat-cepat baik saja



bila kau macam jarang sahaja berhubung dengan dia, dia tak syak wasangka tak tentu hala. seperti wanita lain yang biasanya akan keluarkan pernyataan seperti dia tak sayang aku lagi, dia ada perempuan lain atau dia lebih pentingkan kawan-kawan dari aku. tapi dia cool sahaja. bila kau text padanya kata "sorry lama  kita tak berhubungan" dibalasnya "ok saja, lepak dengan kengkawan tu baik-baik, tengok bola kalau kalah toksah down sangat, Man U tu memang liat nak kalah, nex time team u beat lah diorang, n kurangkan smoke tu taw. t senyum kurang sweetnya....=)"




tapi itulah, secomel-comel perangai dia, sang lelaki selalu saja leka. tak betul-betul mempedulikan. keselesaan lelaki selalu membikin keliru. sepertinya yakin betul si dia akan sentiasa berada disisi. silaplah jika ada spesies-spesies ini yang terus saja dengan keyakinan tersebut. suatu masa ia bakal mengurang dan mungkin hilang.


si dia mungkin bertahan dengan selambadakan kau, tapi untuk selamanya ia terlalu miraculous. kau perlu tindakan. tiada dalam perhubungan, satu pihak saja merasa kepayahan satu pihak lagi bersenang lenang. dalam drama indonesia di tv3, itu mungkin.

apa kata engkau turut sama jadi si comel yang lari dari kebiasaan lelaki lain. perhatian tu usah nak kedek-kedek-kedekut sangat. kat siapa lagi nak dicurah kalau bukan buat si dia. untuk memembe kau, mereka sudah dapat perhatian yang sepatutnya milik mereka.

kini giliran si dia.

berikan kepada si dia jika kau tak mahu mendapat F kerana tergolong dalam spesies-spesies itu


KASKAW!

rambut kehidupan lelaki

skeptik selalu kita kata, lelaki jaga rambut itu poyo dan bajet. rambut nak kemas-kemas, ber-gel, ada gaya itu gaya ini. masuk tandas betul rambut, tanggal helmet betul rambut, asal nampak cermin betulkan rambut, even lalu sebelah lopak pun boleh stop, tunduk sat tengok ayaq nak betulkan rambut. dan kita tentunya kata
"hang poyo! jadah!"


yahh ternyata kita silap.


rambut ibarat kehidupan buat lelaki. bagaimana dia mencorakkan rambutnya, begitulah lebih kurangnya kehidupan dia. rambut kemas, kemungkinan besar biliknya kemas, teratur, hidupnya juga. dia disiplin. rambut serabai kemungkinan besar dia sempoi-sempoi sengal sahaja orangya. rambut botak mungkin orangnya mudah dan senang kira.

mungkin tak sepenuhnya tepat. ada jaa rambut botak tapi kedekut berkira, rambut kemas tapi setakat rambut saja, bulu ketiak panjang macamharam. personaliti orang berbeza. sama rambut tak melambangkan sama pey-el nya.



berdasar pengalaman aku sendiri yang punya sedikit kemahiran gunting-menggunting rambut, aku kenal macam-macam kepala macam-macam orang. dan ada betulnya teori rambut lelaki itu menjadi reflect kehidupan sebenaq dia.


dan bagi gadis-gadis, rambut sebenaqnya ialah senjata penting seorang lelaki. kalau kena dengan citarasa seseorang gadis tu, free-free ja si dia akan berkenan. kalau tak, tak keluaq la ayat dari mulut gadis.. "waaahh. cuweeet mamat tu. rambut dia sweeet".  mungkin depa ni tak judge a book by its cover but judge a boy by their hair.


makanya, jangan kita sangka jaga rambut tu poyo. walaupun ada segelintiaq tu, memang dia poyo. jenih buh minyak rambut sekilo. dia punya pacak, cicak jatuh ataih kepala teroih mati oo!


dan aku adalah jenis rambut serabai tak bersikat tak bubuh apa-apa. kasi betul guna jari saja. bosan-bosan di kedai mamak boleh main-main rambut.pegang sini pegang sana. apa ingat awek jaa boleh gentel rambut.

KASKAW!

perasaan menjadi diri

ramai blogger yang bersuara berkata mereka membina blog dek kerana  mau berkongsi, saja cuba-cuba, mau berseronok dan merasa mempunyai blog. up lah sikit kan. zaman sekarang takdak blog tak up lah fikirnya.

tapi Kaskaw bagi aku ialah untuk diri aku sendiri. kepuasan sendiri.

aku boleh lari dari perasaan terlampau banyak fikir.

boleh tulis tanpa ragu-ragu, was-was, syak wasangka dan berhati-hati. tulis la apa jua aku mau. dan setelah entry dipublish, aku boleh ada rasa puas, enak dan tak risau akan pandangan skeptik manusia lain.


macam tadi aku baru lepas berak, selesai berak aku tengok tandas sebelah tu ada taik tak dipam. aku fikir, alah tak matangnya pemilik taik tu. dia tak tau macammana taiknya itu malu dibiarkan kesunyian di dalam lubang tandas. taik orang lain semua gembira saja diflush masuk ke takungan. oh, kesian taik malang tu.....


kaskaw asalannya ialah kasikawkaw yang bodoh-bodoh aku singkatkan. konon up la.

saja nak rasa jadi perasan. perasaan perasan itu best! rugilah siapa yang takut menjadi perasan

gadis-gadis suka orang yang bijak menjadi perasan pada waktu-waktu yang betul. cayalah cakap aku. sedikit perasaan perasan akan buat depa merasa mahu meningkatkan ego demi melawan perasaan perasan kita.




oh lupa, jom ke maeps,serdang. Bookfest. aku mau borong buku murah-murah. kemon, hangpa tak kaskaw lah kalau tak baca buku wei. taknak lah jadi macam rakyat malaysia yang 1 malaysia tak habis-habis, tak cukup ilmu sebab kurang baca buku. tapi bab berhujah kemain garangnya. sadis ayat-ayat yang diguna. lawak bila orang bercakap lantang pasai benda yang dia taktahu. hihik


salam kaskaw!