Oct 22, 2012

bibi

aku guna bb. murah. beli 280 hengget ja. dia selalu hang. selalu gila. tapi aku suka. lama lama aku ni jadi penyabaq macam dewa. saja beli sebab gedik nak smartphone jugak tapi takdak duit nak beli ribu riba. BIS aku free ja. orang lain bayaq 20 ragok sebulan aku setahun tak topap pun internet jalan. tu aku kata bibi aku gila. tapi aku suka. ada bbm. reja kacau orang. ada whatsapp. pun kacau orang. ataupun kena kacau. biasalah ibu guna samsung.. malam-malam boleh gosip gosip selalu. ada facebook tapi sekali pun tak penah "updated via blackberry blablabla". reja tengok tengok orang lain buat apa. boleh tekan tekan macam henpon murah. ya memang murah lah. aku tau aku tau. tak power touch touch sebab kuku selalu panjang tak reti kerat sendiri. sampai ke la ni mengarap ibu tolong potong. tak banyak apps best macam samsung atau ipon tapi boleh jaa jumpa kalau rajin selam appsworld. tu lah reja kalau internet henjut macam ferrari, selam appsworld sampai pagi. 

biaq pi la orang tak suka.

saya sayang bibi saya


Oct 21, 2012

kalau dulu di facebook ada tulis "in a relationship,engaged,married to" dengan sekian sekian, itu semua setakat buat seronok dengan kawan kawan ataupun cinta katek budak umur belasan. laa ni bila "engaged" kelihatan akan keluar gambar cincin di jemari tangan, bila "married to" terpampang akan tersergam potret pasangan di hari berlangsungnya perkahwinan.

bukanlah kempunan atau kesangapan..?...    cuma menyedari umur telah ditelan zaman


Oct 18, 2012

bila orang itu memendam sesuatu bukanlah ertinya hikikomori mahupun janggal atau malu malu tidakpun takut dengan sekeliling, mungkin jua dia faham cerita hidup ini tujuannya bukan buat dijaja ditayang semudah tekan tekan barang statik dihadapan muka

Oct 3, 2012

yang liar boleh dijinakkan, yang jinak dikekal berpanjangan

selamat hari beranak adindaku sayang dan semoga masa mendatang ditempuh penuh kematangan

-njch-